Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Tekad Ambil Risiko Sokong Palestin Di Media Sosial, Bintang Porno Mia Khalifa Dipecat Majalah Hiburan Terkemuka Dunia Playboy

by Puteri Alia
October 13, 2023
46
KONGSIAN
Share on Facebook

Majalah hiburan terkemuka dunia, Playboy memecat bekas bintang filem dewasa kelahiran Lubnan, Mia Khalifa selepas pencipta kandungan itu menyiarkan beberapa siri ciapan yang meraikan serangan Hamas ke atas Israel.

Sokongan serta kelantangan personaliti media berusia 30 tahun itu terhadap Hamas yang disebut sebagai pejuang kebebasan membuatkan majalah berkenaan memutuskan hubungan kerja dengannya serta-merta.

Menerusi kriman e-mel kepada komuniti pencipta (creators) Playboy, syarikat itu mengumumkan secara rasmi keputusan menamatkan segala kaitan dengan Mia Khalifa, termasuk memadam saluran Playboy Mia dalam platform pencipta mereka.

Di Playboy, kami menggalakkan kebebasan bersuara dan perdebatan politik yang membina, tetapi kami mempunyai dasar toleransi sifar untuk ucapan kebencian.

“Disebabkan kenyataannya, kami merasakan Mia tidak lagi sesuai mewakili jenama Playboy.

Kami harap Mia faham bahawa kata-kata serta tindakannya mempunyai akibat,” kata kenyataan Playboy itu.

Majalah itu turut menyatakan saluran Playboy Khalifa akan dialih keluar, manakala semua video terdahulu turut disekat.

Kontroversi bermula pada Sabtu lalu apabila Khalifa menyiarkan ciapan yang menggalakkan pejuang Palestin merakam kekejaman Israel ke atas tanah tumpah darah mereka agar dapat dilihat generasi akan datang.

Tidak lama selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel yang memperlihatkan model itu berkongsi beberapa lagi hantaran kepada 5.7 juta pengikutnya dalam platform X.

Jika anda boleh melihat keadaan di Palestin dan tidak berpihak kepada rakyat Palestin, maka anda berada di pihak yang salah dalam apartheid dan sejarah akan menunjukkannya pada masanya akan datang,” katanya.

Daripada semakan, sehingga hari ini, Khalifa masih lagi aktif dalam laman X miliknya dan memuat naik tanda sokongan yang tinggi terhadap Palestin.

What’s your Reaction?
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
mia khalifapalestin
https://lomp.at/1kdlm
Share18Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem