Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Hadapi Musim Jerebu Dengan Yakin: Panduan Penggunaan Penulen Udara Untuk Kehidupan Sihat

by Aphit J.
October 14, 2023
Share on Facebook

Fenomena jerebu di Malaysia merupakan satu masalah yang terpaksa diharungi penduduk tempatan hampir setiap tahun.

Kejadian ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar secara signifikan, ia juga mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan kita.

Marilah kita lihat cara-cara untuk memanfaatkan penggunaan penulen udara semasa musim jerebu untuk mengekalkan kesihatan yang tersayang dengan panduan dan nasihat berikut.

Pilih Penulen Udara yang Tepat

Pastikan anda mengambil kira beberapa faktor terpenting semasa membuat pilihan seperti saiz bilik atau kawasan yang ingin anda bersihkan.

Bukan itu shaja, jenis bahan pencemar yang ingin anda hapuskan (cth., habuk, alergen, asap atau zarah jerebu), dan sebagainya perlulah dipertimbangkan.

Peletakan Optimum bagi Penulen Udara

via SLPR Wordwide

Penulen udara untuk bilik tunggal bagus diletakkan di tengah-tengah bilik untuk memastikan udara bersih diedarkan sama rata.

Untuk ruang yang lebih besar atau rumah dengan berbilang bilik, penggunaan berbilang peranti disarankan dan pastikan setiap peranti diletakkan secara strategik untuk memastikan liputan yang menyeluruh supaya kecekapan penapisan dapat dimaksimumkan.

Pastikan penulen udara terletak jauh dari dinding, perabot atau sebarang halangan lain yang boleh menyekat aliran udara kerana penulen udara memerlukan aliran udara yang lancar untuk berfungsi dengan cekap.

Penyelenggaraan dan Penggantian Penapis

Penyelenggaraan berkala diperlukan untuk memastikan penulen udara kekal berfungsi secara optimum.

Pilihlah penulen udara dengan ciri mesra pengguna seperti penulen udara LG yang dilengkapkan dengan penapis yang mudah diservis dan penunjuk yang mudah diakses dengan LG ThinQ aplikasi mudah alih supaya anda tahu bila tiba masanya untuk membuat penggantian.

Ciri ini menyenangkan tugas penyelenggaraan dan menjimatkan masa dan wang anda dalam jangka masa panjang.

Disempurnakan dengan Tabiat Sihat

via SLPR Wordwide

Walaupun penulen udara memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti udara dalaman, ia dapat berfungsi dengan lebih baik apabila penggunaannya digabungkan dengan tabiat yang sihat.

Semasa musim jerebu, pastikan anda membuat apa yang patut untuk menghalang udara tercemar memasuki rumah anda.

Dengan fenomena jerebu yang terpaksa kita hadapi pada waktu ini, penulen udara bukanlah sekadar gajet; ia merupakan kelengkapan rumah terpenting untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan seluruh keluarga.

Marilah kita memanfaatkan teknologi penapisan udara dengan sepenuhnya untuk kebaikan dan kesihatan yang tersayang, demi persekitaran kediaman yang bersih walaupun dunia luar diselubungi jerebu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
air purifier
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Tune Talk
IbuBapa

Tune Talk Lancar Pelan Mudah Alih Kanak-Kanak Pertama Di Malaysia Dengan Kawalan Rangkaian Terus

by Nurul A.
June 30, 2026

Ketika keselamatan kanak-kanak dalam talian kini menjadi tumpuan utama negara, Tune Talk tampil menerajui usaha mentakrifkan semula peranan syarikat telekomunikasi...

Read moreDetails
LifeXplore

Upgrade Yang berbaloi! Ini 3 Perkara Yang MURAI Suka Tentang Galaxy Buds4 Pro

by Phic ARMAN
June 15, 2026

Samsung Galaxy Buds4 Pro bukan jenis fon telinga yang hanya nampak cantik dalam gambar. Bila sudah pakai sendiri, ada beberapa...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Teknologi

Kolaborasi Samsung, DC Studios & Warner Bros. Pictures, Peminat Teruja Dengan Pengalaman ‘Supergirl’ Di Rumah

by Nurul A.
July 3, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan kerjasama global dengan Warner Bros. Pictures dan DC Studios, menandakan tayangan pawagam pengembaraan adiwira baharu...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Teknologi

Demi Hadapi Cuaca Panas Melampau, Samsung Lancarkan AI WindFree Pro Terbaru!

by Nurul A.
June 11, 2026

Samsung melancarkan penyejukan WindFree pada tahun 2016. Sejak daripada itu, ia telah mengembangkan WindFree ke lebih banyak rantau dan melangkaui...

Read moreDetails
Foto - Sealy
Teknologi

Sealy Raikan 145 Tahun dengan Tilam Edisi Terhad

by Nurul A.
June 24, 2026

Seiring dengan kepentingan tidur berkualiti dalam gaya hidup moden, Sealy Malaysia meraikan pencapaian ini menerusi “145 Years of Better Sleep”,...

Read moreDetails
Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  3. 3

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  4. 4

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  5. 5

    Skrin Gergasi Sampai 300 Inci, Hisense Tarik Perhatian Peminat Hiburan Rumah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara