Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Dato’ Pandelela Antara 40 Atlet Sukan Asia 2022 Dihadiahkan HUAWEI WATCH GT 4 Yang baharu

by Phic ARMAN
October 15, 2023
Share on Facebook

Huawei,  mengadakan ‘Roadshow Eksklusif’ sempena pelancaran HUAWEI WATCH GT 4 dan Sukan Asia 2022 baru-baru ini.

Acara itu berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, di mana Huawei memberi penghormatan kepada pemenang pingat Sukan Asia 2022 dengan menghadiahkan setiap daripada mereka HUAWEI WATCH GT 4.

Pengiktirafan ini menjadi bukti dedikasi dan kerja keras para atlet yang luar biasa ini dalam mencapai impian mereka.

Kemuncak acara ini berlaku semasa majlis penganugerahan pada hari Sabtu, 14 Oktober, yang dirasmikan dan disaksikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan.

Atlet terkenal seperti Dato’ Pandelela Rinong, Ng Yan Yee  dan Tan Cheong Min adalah antara 40 atlet yang menerima HUAWEI Watch GT 4 semasa majlis tersebut.

YB Hannah Yeoh menyatakan rasa gembiranya terhadap perkongsian Huawei dan komitmen mereka untuk mengiktiraf atlet yang mempamerkan bakat luar biasa mereka dalam Sukan Asia 2022 dan kini sedang bersiap sedia untuk Sukan Asia PARA 2022.

Beliau berkata,

“Acara hari ini, adalah usaha kerjasama antara Huawei Technologies dan Majlis Sukan Negara Malaysia – menunjukkan potensi yang menjanjikan untuk sesuatu yang lebih konkrit dan kekal pada masa hadapan. Ini juga melambangkan komitmen Huawei untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan bukan sahaja untuk atlet Malaysia tetapi juga untuk pengguna harian kerana mereka telah memperuntukkan masa selama 10 tahun membangunkan teknologi dan inovasi untuk jam tangan ini.”

Sementara itu Victor Xu, Pengarah  HUAWEI Malaysia Consumer Business Group (BG) berkata pada Q2 2023, mereka menduduki tempat kedua terbesar dalam jumlah penghantaran, dan pangkalan pengguna global mereka melebihi 100 juta aktif bulanan pengguna

“Kami sangat teruja dengan sambutan yang menggalakkan terhadap pelancaran HUAWEI WATCH GT 4 baru-baru ini, kedua-duanya daripada rakan media kami dan seluruh masyarakat Malaysia. Hari ini, adalah satu penghormatan untuk mempersembahkan HUAWEI WATCH GT 4 kepada pemenang pingat Sukan Asia 2022 kami yang luar biasa,”- jelas Victor Xu.

Selain daripada Roadshow Eksklusif, Huawei juga mempelawa rakyat Malaysia untuk menyertai atlet Sukan Asia 2022 dalam “Light Up Your Rings Challenge”. Hanya muat turun Aplikasi Kesihatan HUAWEI, tetapkan matlamat anda dan lengkapkan matlamat tersebut sepanjang perjalanan untuk menerima E-Medal eksklusif Huawei.

Akhirnya Kembali! HUAWEI Mate 80 Pro Buat Comeback Dengan 3 Ciri ‘Power’ Ini

Untuk maklumat lanjut tentang cabaran sila layari: bit.ly/LightUpYourRings-PR.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
huawei
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara