Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Ucapan Akhir Aishah Di All Star GV Buatkan Ramai Kurang Senang?

by Amirul Fikry
October 16, 2023
1.9k
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tidak mengenali dengan penyanyi yang pernah popular suatu ketika dahulu, Yang Berbahagia Dato’ Wan Aishah binti Wan Ariffin atau dikenali sebagai Aishah.

Memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi di dalam kumpulan Fan Club dari New Zealand sehingga dikenali di seluruh dunia sebelum pulang ke tanah air bagi meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo. Lagunya bersama kumpulan tersebut yang bertajuk “Don’t Make Me Fall Alone” pernah menduduki carta Billboard Hot 100 pada tahun 1990.

Sepulangnya Aishah ke Malaysia dan meneruskan sebagai penyanyi solo sekaligus menjadikannya sebagai salah seorang lagenda pop negara. Setiap lagu keluarannya pasti mendapat tempat dihati pendengar sehinggalah kini.

Terkeluar Dari All Star Gegar Vaganza!

Pada minggu keempat konsert All Star Gegar Vaganza menobatkan penyanyi Noryn Aziz menduduki tangga teratas manakala Dato Aishah menduduki tangga terakhir dan sekaligus membuatkannya terkeluar pada konsert malam tersebut.

Namun setibanya untuk Dato Aishah memberikan sepatah dua kata sebelum meninggalkan pentas, malah ucapannya itu telah membuatkan ramai terkejut mendengarnya.

“Saya rasa ramai juga doa oran di sana dah makbul tengok saya keluar, tapi anyway terima kasih semua”

“Saya Happy esok boleh tidur, terima kasih semua”-kata Dato Aishah

https://www.tiktok.com/@syukfendi2/video/7290219348986219784?_t=8gY4PydfKJm&_r=1

Rata-rata, di laman media sosial facebook juga, netizen meninggalkan komen bahawa ucapan Dato Aishah tersebut sangat tidak profesional bagi penyanyi yang telah lama berkecimpung dalam industri seni sepertinya itu.

“Tak profesional langsung Aishah, sebagai penyanyi berpengalaman, tidak seharusnya bagi ucapan macam tu. Seolah-olah menyalahkan orang ramai sebab dia terkeluar dari pertandingan”

“Dia rajin melayan melawan netizen yang kutuk2 dia, saya pun tak faham. Patutnya sebagai artis yang banyak pengalaman, abaikan je. Melayan buat apa”

“Nampoak sangat dia marah, tak seharusnya dia kata gitu”

“Frust muka dia tadi, terkejut bula dia berucap macam tu”-kata mereka

VIA FACEBOOK

Ada betul juga kata mereka, sepatutnya penyanyi yang telah berpengalaman lebih dari 30 tahun pasti sudah masak dengan kata-kata dan perangai netizen serta sewajarnya tidak mengambil peduli mengenai komen negatif dari mereka kerana ianya tidak mendatangkan keberuntungan dan manfaat buat diri kita.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan kehidupan yang lebih baik dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Apa kata anda?

What’s your Reaction?
+1
2
+1
2
+1
8
+1
2
+1
8
+1
4
aishahAll Star Gegar VaganzaDato' Aishah
https://lomp.at/3s0sm
Share752Tweet470SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem