Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Bulan Kesedaran Kanser Payudara: Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Soph Azz
October 16, 2023
Foto - Harian Metro

Foto - Harian Metro

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi mereka yang terjejas oleh kanser payudara serta meraikan mereka yang berjaya melawan penyakit tersebut.

Kalau kamu nak tahu, tak ramai wanita yang memilih untuk ambil tahu tentang tanda-tanda awal kanser payudara. Bukan apa, mereka bimbang jika semak, mungkin mereka sudah terkena penyakit itu.

Apabila kamu rajin melakukan pemeriksaan berkala, ia boleh selamatkan kamu sekiranya terkena kanser payudara. Malah pada peringkat awal ini, biasanya lebih mudah untuk kita merawatnya.

Jadi sekiranya kamu pertama kali nak mencuba semak sendiri di rumah, Miss Murai kongsikan tiga tanda yang biasanya merujuk kepada kanser payudara.

  • Payudara kerap sakit dan berpanjangan 

Psst… Kalau payudara kamu sakit ketika sedang hamil atau datang haid, ia adalah normal tau!

Foto – Body Perfect

Jika rasakan payudara makin sakit, berterusan sepanjang hari dan saiznya mula membesar, Miss Murai sarankan jangan kamu sentuh bahagian tersebut atau letak sebarang minyak untuk redakan sakit. Sebaiknya terus berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut ye!

  • Kulit di payudara dan sekitarnya menjadi merah 

Perhatikan kulit payudara kamu di kedua-dua belah bahagian. Lihat sama ada perbezaan, sama ada merah terang atau gelap. Selain daripada perubahan warna menjadi merah, perhatikan juga apabila kamu sentuh kulit tersebut, adakah ia terasa hangat atau bengkak. Jika ada maksudnya kamu mungkin berisiko terkena kanser.

  • Kulit payudara menjadi berkedut seperti ‘peau de orange’

Jika kamu sudah berumur, normal untuk kita wanita memiliki kulit berkedut termasuklah payudara.

Foto – The St Kitts Nevis Observer

Jika kamu masih lagi muda dan perasan kulit di payudara menjadi berkedut, ia berkemungkinan tanda kamu telah menghidapi kanser payudara. Biasanya keadaan kedut ini akan rasa sangat kasar dan hanya terjadi di beberapa bahagian saja.

Kalau kamu periksa payudara di rumah dan ada tanda-tanda ini, cepat-cepat berjumpa dengan doktor okay?

kanser payudaratanda awal kanser payudaratanda kanser payudara
https://lomp.at/xp99r
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore