Monday, April 29, 2024

Hamil Luar Rahim, Puteri Sarah Pernah Dedah Dirinya Menangis Teruk Sehingga Ambil Masa 3 Tahun Untuk Pulih

27
KONGSIAN

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan pengalaman bagaimana dia menangis teruk kerana pernah disahkan mengalami kandungan luar rahim atau ectopic pregnancy.

Terkenangkan momen tidak dapat dilupakan itu, Sarah berkata dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan perlu menerima rawatan segera. Katanya, dia keguguran sebelum mengandungkan anak pertama.

“Satu benda yang harus diketahui, Sarah pernah keguguran dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul, masa itu tahun 2014.

“Ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim), lagi menakutkan… sakit perut teruk nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital. Apabila kena Ectopic pregnancy tak operate cepat-cepat ibu boleh meninggal ya!” kongsinya.

Katanya, ketika itu dia sangat sedih dan mengambil masa selama tiga tahun untuk pulih sebelum dikurniakan cahaya mata pertama iaitu, Syaikhul Islam.

Bagaimanapun, katanya, mana-mana wanita yang pernah alami ectopic pregnancy tidak perlu risau atau takut kerana ia bukan pengakhiran kepada segala-galanya.

“Sarah pun masa itu ingat dah gelap masa depan Sarah.

“Tiga tahun Sarah tunggu untuk ectopic pregnancy itu sembuh, untuk Sarah dapat Syaikhul. Masa itu Sarah ingat Sarah memang tak boleh pregnant.
“Masa Sarah dapat tahu ectopic pregnancy itu, Sarah memang menangis teruk,” kongsi Sarah ketika membuat siaran langsung di TikTok.
“Allah masih bagi peluang untuk hidup dan lahirkan Syaikhul dan Sumayyah, bersyukur masih hidup!,” ujarnya.
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI