Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Perkongsian Mengenai Palestin Telah Disekat, Siti Nurhaliza Terkilan

by Puteri Alia
October 18, 2023
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Datuk Seri Siti Nurhaliza terkilan perkongsian mengenai nasib umat Islam di Gaza mula disekat Instagram (IG).

Siti yang sering memuat naik hantaran mengenai nasib penduduk Gaza dan mengambil inisiatif membantu mereka, bagaimanapun, enggan mengalah biarpun sudah kena ‘blocked’.

“‘Posting’ saya mengenai Palestin di IG Feed sudah mula kena ‘blocked’… Tidak mengapa, usaha diteruskan,” katanya melalui IG Story (IGs).

Sebelum ini, melalui hantaran IG, Siti meluahkan rasa bimbang dan sentiasa memantau perkembangan terkini peperangan yang dikhuatiri mengancam nyawa 50 anak angkat yang juga pelajar Sekolah Afwa Al Afiyah di bumi Anbia itu.

Siti turut mengambil inisiatif membantu rakyat Palestin dengan menyalur bantuan menerusi Yayasan Nurjiwa, iaitu badan amal yang diusahakan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Menerusi hantaran sama, Siti meminta orang ramai turut membantu menyalurkan sumbangan, selain mendoakan keselamatan rakyat Palestin.

“Kami sedang memantau secara dekat situasi terkini dan mendoakan agar anak-anak ini selamat.

“Situasi di Gaza sangat runcing. Masjid dan bangunan musnah, hilang nyawa termasuklah harta benda.

“Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat di sana. Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah,” tulis Siti.

Siti berkata, lebih pilu apabila menerima khabar daripada pendidik di bumi Palestin terdapat sejumlah masjid hancur akibat peperangan yang berlaku itu.

“Justeru, bagi membantu dan berkongsi rasa kesulitan yang mendalam, Nurjiwa Foundation dengan kerjasama Kita Fund meneruskan kempen Tabung Bantuan Khas Palestin yang dilancarkan sejak 2021,” tulis.

Sebelum ini, menerusi Yayasan Nurjiwa, Siti mengumumkan membina sebuah sekolah yang menawarkan pengajian al-Quran dan akademik bagi membantu anak-anak Palestin sejak Oktober 2021.

Pada Mei lalu, penghibur kesayangan ramai itu turut mengadakan konsert khas Satu Suara Vol 3 bagi meraih dana untuk membantu pelajar sekolah berkenaan.

"Ibu Bisinglah"- TokTi Akui Salah Menyanyi Di Bilik Afwa, Akui Tak Pasal-Pasal 'Mic' Ditutup
datuk seri siti nurhaliza
https://lomp.at/vxs6b
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem