Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Hael Husaini Bersedia Dikritik Netizen Selepas Berlakon Drama TV?-“Kita Tidak Boleh Mengawal…”

by Naddy Joe
October 19, 2023
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka penyanyi berbakat besar menerusi lagu-lagu seperti Hari Ini, Haram, Terlanjur Cinta, Kelentang Kelentong dan turut pernah menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 menerusi Jampi kini berkecimpung dalam bidang lakonan.

Setelah 17 tahun bergelar penyanyi dan penulis lagu dalam industri hiburan, Hael Husaini menjadi teraju utama drama rantaian, My Famous Ex-Boyfriend sebagai Ishaak/ Haque Zuhal bersama pelakon cantik, Qasrina Karim sebagai Sameera.

Berkongsi momen Ketika diminta hadir ke pertemuan yang diatur oleh Syarikat produksi drama berkenaan, Hael menyatakan bahawa dia pada mulanya menyangka hanya diminta hadir untuk perbincangan projek runut bunyi (OST) drama tersebut sebelum diminta mengikuti sesi uji bakat.

“Ketika hadir untuk meeting, saya terkejut lihat terlalu banyak kamera di hadapan. Selalunya apabila diberikan sinopsis, pasti untuk projek OST, tetapi kali ini selepas diminta baca skrip dan selesai membaca, pengarah bertepuk tangan dan memberitahu ‘andalah yang kami cari’.”-kongsi Hael

Titip Rasa Syukur Dibantu Pengarah & Pelakon-Pelakon Hebat

Akui rasa kekok apabila berhadapan dengan kamera, Hael menitipkan rasa Syukur apabila dibantu pengarah, Hadith Omar serta para pelakon terlibat yang memahami dirinya yang masih baru dalam bidang lakonan.

“Sebagai seorang penyanyi, saya menyedari bidang lakonan ini sebenarnya sangat membantu meningkatkan keyakinan saya serta memperbaiki penghayatan dan penyampaian dalam sesebuah lagu.

Saya bersyukur dapat pengarah yang sangat membantu, sangat memahami saya masih baru, para pelakon seperti Qasrina dan Nadhir yang banyak bantu mengajar cara melontarkan vocal. Ianya pengalaman yang hebat.”-kata Hael Husaini

Bersedia Dengan Kecaman Netizen?

Disoal adakah dirinya bersedia dengan kecaman netizen selepas menonton lakonannya dalam dalam Drama My Famous Ex-Boyfriend, Hael mengakui dia harus menerima setiap komen netizen sama ada positif atau sebaliknya untuk memperbaiki mutu lakonannya di masa akan datang.

“Kita tidak boleh mengawal mereka. Jadi benda itu, kita jadikan sebagai pengajaran. Sebagai pelakon dan saya masih baru, memang saya kena terima nasihat dan sebarang kritikan negatif atau positif untuk memperbaiki scene saya yang akan datang.”-jawab Hael

Hael Husaini ditemui Murai MY Ketika di Majlis Sidang Media Drama ‘My Famous Ex-Boyfriend’ di IDEAS Hotel Kuala Lumpur, pada Selasa. Drama yang diadaptasi dari novel popular bertajuk Petrichor ini bakal menemui para penonton Astro mulai 23 Oktober setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104).

[VIDEO] "Amira Othman Warning Saya, Kalau Cerita Nanti Tak Dapat Invitation"-Hael Husaini
hael husaini
https://lomp.at/e81mo
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Awie Minta Amy Search Jelaskan Isu Kontroversi, Penat Namanya Terpalit

by Aphit J.
July 13, 2025

Sebelum ini, Shila telah membuat laporan polis mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda ketika sesi latihan konsert....

Read more
Lokal

Video Sindiran Nabila Huda Undang Tanda Tanya, Komen Pak Nil Jadi Perhatian!

Sebelum ini pelakon terkenal Nabila Huda mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya yang dilihat...

Read more
by Aphit J.
July 13, 2025
Lokal

Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

Semua sedia maklum bahawa semenjak dua menjak ini anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyyan sering...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Lokal

Shila Amzah Gembira Jumpa Jaclyn, Ella & Awie Selesai Konsert – Beri Gambaran Artis Legenda Yang Serangnya

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila penyanyi popular tanah air, Shila Amzah, mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Lokal

Shila Amzah Dakwa Diserang Artis Legenda Ketika Latihan Konsert, Nama Amy Search, Awie dan Ella Jadi Bualan Netizen

Mengambil langkah selamat dan profesional, penyanyi terkenal Shila Amzah memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung insiden yang didakwa berlaku...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

“Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Pernah menjayakan lebih 60 konsert sepanjang tiga dekad dalam dunia seni, Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa auranya...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

Rindu Cucu Tak Pernah Padam, Ibu Aliff Aziz Luah Harapan Bertemu Semula Ayden dan Ara di Akhirat

Dalam suasana penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rindu...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

‘Unfollow’ Tanpa Penjelasan, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin Cetus Spekulasi Rumah Tangga di Ambang Perpisahan

Tiada siapa menyangka, di sebalik senyuman dan momen indah yang pernah dikongsi bersama, rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Comelnya! Victoria Kongsi ‘Unseen’ Foto & Video Harper Sempena Ulang Tahun Ke-14

Comelnya hubungan mak dan anak ini! Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Harper Beckham yang ke-14 semalam, Victoria Beckham telah memuat...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Foto - @ridzokumura (IG)
Lokal

[VIDEO] Terlalu Rindukan Arwah Ibu, Ramai Sebak Lihat Sky Menangis Dalam Tidur

Perkongsian terbaru Ridzokumura mengenai keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura, telah membuatkan ramai yang sebak. Tidak dapat menanggung kerinduan...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  4. 4

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem