Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sering Tertanya-Tanya Apa Lagi Bentuk Bantuan Boleh Dihulurkan Selain Berdoa, Mira Filzah Sakit Hati Lihat Saudara Islam Terseksa

by Puteri Alia
October 19, 2023
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidak sanggup melihat ramai kanak-kanak terkorban, pelakon Mira Filzah menyifatkan kezaliman rejim Zionis mengebom sebuah hospital di Gaza, Palestin sebagai tidak berperikemanusiaan.

Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, berkata, perbuatan kejam yang dilakukan Israel laknatullah ketika ini membuatkan hatinya turut terkesan tatkala melihat lambakan video dan foto menyayat hati dalam media sosial.

“Setiap masa ada sahaja video kanak kanak, bayi, yang cedera parah, yang menangis, Allahuakbar. Tidak sampai hati nak tengok.

“Perbuatan Israel mengebom hospital, itu bukan perbuatan manusia tapi syaitan. Jijik sangat dengan tindakan mereka,” katanya dalam Instagram semalam.

Dramatis yang popular menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan itu mengakui, sering tertanya-tanya kepada diri sendiri, apakah bentuk bantuan lain untuk dihulurkan, selain doa dan derma bagi mengurangkan kesengsaraan yang dilalui penduduk Gaza.

“Sakit hati dan sakit kepala memikirkan kehidupan mereka disana. Setiap kali nampak video dan gambar gambar mereka di sana, setiap kali itu juga mulut ni terkumat-kamit. Astaghfirullah hal ‘azim.

“Rasa tidak berdaya dan nak peluk anak-anak ini. Ya Allah, apa aku boleh buat? Cukup ke duit yang aku derma, sampai ke, Allah bagi kita rezeki banyak ini dan patut ke beri lebih lagi?” soal Mira.

Yakin dengan takdir Tuhan, ibu anak satu itu percaya setiap doa yang dititipkan buat penduduk Gaza mampu membawa kepada keajaiban sekaligus mengakhiri perang yang berlaku ketika ini.

“Kita hanya mampu berdoa dan tolong dari jauh. Doa semoga semua ini segera berakhir dan tiada lagi kanak-kanak yang kematian ibu bapa.

“Janji Allah itu pasti. Syurga untuk mereka di Palestin, mati syahid dan anak kecil dibunuh itu pasti.

“Syurga juga untuk mereka yang melindungi dan mempertahan Masjid al-Aqsa. Sedangkan kita? Lindungilah mereka ya-Allah,” katanya lagi.

Semalam, dunia dikejutkan dengan berita tragis apabila sebuah hospital di Gaza, Al-Ahli Baptist dibom oleh Israel sehingga mengorbankan lebih 600 nyawa termasuk kanak-kanak.

Kekejaman itu mengundang rasa marah dan ramai yang menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
mira filzah
https://lomp.at/gck7x
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem