Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Darah Israel Halal Dibunuh Kerana Sudah Jatuh Sebagai Kafir Harbi, Neelofa Akui Tak Gentar Mencemuh Netanyahu

by Puteri Alia
October 20, 2023
70
KONGSIAN
Share on Facebook

Kafir yang memusuhi Islam itu harbi, kafir yang bernaung di bawah pemerintahan Islam itu zimmi, kafir yang buat perjanjian dengan kerajaan Islam itu ‘ahdi.

Istilah ini bukan bermakna kita bermusuh dengan orang bukan Islam, tetapi menjelaskan sikap mereka terhadap Islam.

Islam tidak memulakan permusuhan kerana Islam mendahulukan perdamaian yang juga merupakan jihad di mana sebagai gerakan Islam dan mempraktikkan akhlak Islam, salam perdamaian itu hendaklah disambut dengan baik.

Berbahas soal ini, Neelofa tidak gentar dan takut untuk mencemuh tindakan pengganas Israel yang berleluasa membunuh rakyat Palestin.

Dia juga tidak kisah menggunakan bahasa yang dianggap kasar untuk mengecam kekejaman pemimpin negara terbabit di media sosialnya.

“Saya memang sangat terkesan. Jadi pemimpin dan tentera Zionis ini memang layak menerima kecaman kerana perbuatan mereka yang tidak berperikemanusiaan.

“Ada pihak mengatakan bahasa yang saya gunakan di kapsyen itu agak kasar. Sebelum saya muat naik sebarang hantaran, saya akan kongsi dulu kepada suami.

“Jawapan suami, secara umumnya, pemimpin Israel ini darahnya halal untuk dibunuh oleh orang-orang mukmin. Mereka memang layak menerima cercaan malah lebih dari itu lagi,” katanya.

Neelofa juga menegur dan mengingatkan figura-figura beragama Islam yang takut bersuara agar lebih terbuka menyokong perjuangan rakyat Palestine.

“Ketika anda sedang takut ini, ada orang bukan Islam di luar negara yang akan bersuara dan menyokong perkara yang anda takutkan ini.

“Sebagai muslim yang beriman dan faham dengan kepercayaan kepada hari akhirat, kita kena faham dulu kenapa Palestin ini perlu dipertahankan dan apa istimewanya Majid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

“Kalau ada yang takut atau tak berani untuk bersuara, mungkin mereka kurang kefahaman mengenai ilmu itu,” katanya.

Neelofa mengambil contoh dirinya sendiri yang melalui perubahan dari fasa tidak bertudung kepada bertudung dan seterusnya berhijab, namun tetap mempunyai rezeki.

“Perkara itu juga boleh menyebabkan saya hilang macam-macam tapi sehingga saat ini Allah masih memberikan rezeki.

“Satu benda yang kita kena sedar sebagai orang Islam yang beriman, yang faham tentang percayanya Hari Akhirat dan Hari Kiamat yang akan tiba.

“Semua kena faham dulu kenapa Palestin, kenapa Tanah Suci ini perlu dipertahankan. Apa istimewanya Masjid Al Aqsa?

“Bukan saja dari orang Islam di Malaysia tapi orang Islam di Amerika dan Eropah sendiri pun menunjukkan semangat dan bersuara untuk Palestin,” katanya.

Neelofa adalah antara selebriti yang lantang bersuara mengecam tindakan tentera Israel di bumi Palestin.

Mungkin Ada Yang Tidak Tahu, Ini Adalah 6 Wanita Paling Berpengaruh di Malaysia

Bahkan, Neelofa juga berani memuat naik foto Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menyifatkan pemimpin terbabit sebagai penjenayah perang.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
2
+1
1
+1
0
+1
2
+1
1
neelofa
https://lomp.at/y5do1
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem