Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Pencinta MotoGP Wajib Tahu! Tissot Perkenalkan T-Race MotoGP 2023 Edisi Terhad

Tissot kembali berkolaborasi bersama MotoGP dengan melancarkan Tissot T-Race MotoGP 2023 limited edition.

by Phic ARMAN
October 24, 2023
Share on Facebook

Siapa sahaja tidak kenal dengan jenama pembuat jam Tissot yang menjadi dambaan peminat di Malaysia. Malah ia semakin popular sejak dipilih sebagai penjaga masa rasmi perlumbaan GP motosikal paling terkenal di dunia, MotoGP.

Tissot kembali berkolaborasi bersama MotoGP dengan melancarkan Tissot T-Race MotoGP 2023 limited edition.

Kerjasama ini lahir bagi membantu meraikan kemeriahan kejuaraan MotoGP 2023. Jam tangan ini dihasilkan dalam jumlah terhad iaitu 8,000 unit. Bilangan terhad juga menjadikan nilai lebih eksklusif.

Diadaptasi daripada DNA motosikal

Koleksi jam tangan mewah daripada Tissot ini membawakan nafas segar dengan warna baharu yang berani dengan perincian yang diadaptasi daripada DNA motosikal. Adakah anda ingin tahu tentang elemen MotoGP dalam kerjasama Tissot ini?

Koleksi ini mula diperkenalkan di Portugal semasa pusingan pertama MotoGP 2023. Pengumuman koleksi Tissot T-Race MotoGP juga bertepatan dengan ketibaan Enea Bastianini sebagai duta Tissot yang baharu.

Seperti namanya, Tissot T-Race MotoGP 2023 diinspirasikan daripada pertandingan perlumbaan motosikal yang reka bentuknya diinspirasikan daripada bahagian motosikal. Jam tangan ini menggunakan stainless steel case hitam dan bezelnya menyerupai cakera brek motosikal. Jam ini dilengkapi dengan tali getah berwarna merah yang mempunyai tekstur dan corak seperti tapak tayar.

Dengan konsep MotoGP yang kukuh, Tissot T-Race MotoGP 2023 dibuat secara terperinci dan tepat. Sebagai contoh, indeks marker arabic pada pukul 12, 4 dan 8 diberi aksen merah, kelihatan seperti nombor pada motosikal dan pakaian pelumba.

Manakala warna merah pula dipilih bagi menambahkan aura kepantasan. Sementara itu, reka bentuk subdial diilhamkan oleh speedometer. Di bahagian belakang kes itu, terdapat logo ikonik MotoGP.

Mempunyai diameter 45mm dengan ketebalan 11.8mm, jam tangan ini dilengkapi dengan ETA Swiss quartz movement caliber G10.212. Pergerakan ini mempunyai 4 permata dan mempunyai ciri EOL untuk penunjuk bateri apabila ia kehabisan. Jam tangan ini adalah kalis air 100 meter jadi ia cukup selamat untuk terdedah kepada hujan atau anda berenang di dalam kolam.

Apa yang lebih menarik ialah jam tangan Tissot T-Race MotoGP 2023 tersedia dalam kotak yang direka bentuk menyerupai topi keledar pelumba MotoGP yang lengkap dengan pelindung kaca lutsinar. Penampilan unik ini membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya menyertai euforia dunia MotoGP.
Berminat untuk memiliki koleksi Tissot T-Race MotoGP 2023 Edisi Terhad di atas? Bekalan terhad, 8,000 unit sahaja.

MotoGP 2023Tissot
https://lomp.at/80rcm
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Rezeki Tengah Bulan: Sale Shopee 15 April Ini Buat Ramai ‘Terbabas’ Shopping!

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Kalau anda rasa pertengahan bulan ni dompet dah mula “bernafas semput”,  memang timing tepat! Jualan besar-besaran dari Shopee kali ni...

Read moreDetails
Berita

Siti Khadijah & MAS Jalin Kerjasama Sempena Pelepasan Kumpulan Pertama Haji Musim 1447H/2026M

by Naddy Joe
April 22, 2026

Siti Khadijah telah menjalin kerjasama strategik bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memperkukuh kehadiran jenama di pintu masuk antarabangsa...

Read moreDetails
LifeXplore

Syarifah Khyra, Pengasas Felleraskin Mahu Bangkit Semula. Dulu Rugi RM3 Juta Taja Anugerah Di Stesen TV Swasta

by Phic ARMAN
April 27, 2026

Pemilik empayar kecantikan Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Syarifah Khyra Muhsin atau nama sebenarnya Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin, kini...

Read moreDetails
Korporat

Kenali Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Aset Penting AirAsia X Menurut Tony Fernandes

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Kadang-kadang dalam dunia travel ini, kita tak nampak siapa di belakang tabir yang susun semua strategi. Kita cuma nampak tiket...

Read moreDetails
Bisnes

Pepsodent Kerjasama Dengan Kementerian Kesihatan Dalam Memberikan Kesedaran Kepada Komuniti

by Naddy Joe
April 28, 2026

Pepsodent mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyokong sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia dan Hari Kesihatan Ortodontik Sedunia peringkat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara