Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Pencinta MotoGP Wajib Tahu! Tissot Perkenalkan T-Race MotoGP 2023 Edisi Terhad

Tissot kembali berkolaborasi bersama MotoGP dengan melancarkan Tissot T-Race MotoGP 2023 limited edition.

by Phic ARMAN
October 24, 2023
2.7k
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sahaja tidak kenal dengan jenama pembuat jam Tissot yang menjadi dambaan peminat di Malaysia. Malah ia semakin popular sejak dipilih sebagai penjaga masa rasmi perlumbaan GP motosikal paling terkenal di dunia, MotoGP.

Tissot kembali berkolaborasi bersama MotoGP dengan melancarkan Tissot T-Race MotoGP 2023 limited edition.

Kerjasama ini lahir bagi membantu meraikan kemeriahan kejuaraan MotoGP 2023. Jam tangan ini dihasilkan dalam jumlah terhad iaitu 8,000 unit. Bilangan terhad juga menjadikan nilai lebih eksklusif.

Diadaptasi daripada DNA motosikal

Koleksi jam tangan mewah daripada Tissot ini membawakan nafas segar dengan warna baharu yang berani dengan perincian yang diadaptasi daripada DNA motosikal. Adakah anda ingin tahu tentang elemen MotoGP dalam kerjasama Tissot ini?

Koleksi ini mula diperkenalkan di Portugal semasa pusingan pertama MotoGP 2023. Pengumuman koleksi Tissot T-Race MotoGP juga bertepatan dengan ketibaan Enea Bastianini sebagai duta Tissot yang baharu.

Seperti namanya, Tissot T-Race MotoGP 2023 diinspirasikan daripada pertandingan perlumbaan motosikal yang reka bentuknya diinspirasikan daripada bahagian motosikal. Jam tangan ini menggunakan stainless steel case hitam dan bezelnya menyerupai cakera brek motosikal. Jam ini dilengkapi dengan tali getah berwarna merah yang mempunyai tekstur dan corak seperti tapak tayar.

Dengan konsep MotoGP yang kukuh, Tissot T-Race MotoGP 2023 dibuat secara terperinci dan tepat. Sebagai contoh, indeks marker arabic pada pukul 12, 4 dan 8 diberi aksen merah, kelihatan seperti nombor pada motosikal dan pakaian pelumba.

Manakala warna merah pula dipilih bagi menambahkan aura kepantasan. Sementara itu, reka bentuk subdial diilhamkan oleh speedometer. Di bahagian belakang kes itu, terdapat logo ikonik MotoGP.

Mempunyai diameter 45mm dengan ketebalan 11.8mm, jam tangan ini dilengkapi dengan ETA Swiss quartz movement caliber G10.212. Pergerakan ini mempunyai 4 permata dan mempunyai ciri EOL untuk penunjuk bateri apabila ia kehabisan. Jam tangan ini adalah kalis air 100 meter jadi ia cukup selamat untuk terdedah kepada hujan atau anda berenang di dalam kolam.

Apa yang lebih menarik ialah jam tangan Tissot T-Race MotoGP 2023 tersedia dalam kotak yang direka bentuk menyerupai topi keledar pelumba MotoGP yang lengkap dengan pelindung kaca lutsinar. Penampilan unik ini membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya menyertai euforia dunia MotoGP.
Berminat untuk memiliki koleksi Tissot T-Race MotoGP 2023 Edisi Terhad di atas? Bekalan terhad, 8,000 unit sahaja.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
MotoGP 2023Tissot
https://lomp.at/80rcm
Share1086Tweet679SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem