Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] “P. Ramlee Takkan Pernah Hilang, Penggantinya Akan Sentiasa Hadir!”-Netizen

by Amirul Fikry
October 25, 2023
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Datuk Amar Dr. Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali sebagai P. Ramli. Beliau merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu di Malaysia.

Beliau telah dianugerahkan “Seniman Agung Negara” oleh kerana jasanya yang amat besar dalam industri seni tanah air dalam lakonan, muzik serta hasil karya ciptaannya.

Kerjaya lakonannya bermula pada tahun 1946 di Singapura dan beliau memutuskan untuk berhijrah ke Malaysia bagi menghasilkan karya-karyanya sehingga beliau meninggal dunia. Selain Malaysia dan Singapura, P. Ramlee juga terkenal di Asia Tenggara termasuklah Brunei Darussalam, Indonesia, Hong Kong dan Jepun. Namanya sehingga kini masih disebutkan seta pengganti suara dan wajah beliau pasti ada walaupun beliau telah lama meninggal dunia.

Suara Mirip Allahyarham P. Ramlee!

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuatnaik di laman media sosial tiktok milik RTM yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 78 ribu, tanda suka sebanyak 2 ribu dan hampir 1 ratus komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan P.Radhi yang merupakan juara bintang P. Ramlee pada tahun 2016 yang baru-baru ini menyanyikan lagu Tiara dengan menggunakan suara lenggok P. Ramlee.

@radiotelevisyenmalaysia

Best pula bila dengar lagu Tiara versi P.Ramlee ni ?? #KonsertIniBaruBintang3 #IniBaruBintang #BintangRTM #BRTM2024 @P.Radhi

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Rata-rata netizen memuji suara P.Radhi yang seakan mirip suara P.Ramlee. Mereka juga mengatakan bahawa memang benar apa yang dikatakan bahawa P. Ramlee takkan pernah hilang kerana saban tahun pasti pengganti yang memiliki wajah atau suara sepertinya akan hadir. Terdahulu Allahyarham Fairuz Misron yang mempunyai wajah seiras dan kini P.Radhi yang mempunyai suara seperti P.Ramlee.

“Betullah P.Ramlee takkan pernah hilang, pergi sorang, datang lagi sorang”

“Tetiba rindu arwah P.Ramlee dengan yang meninggal dekat Sarawak baru ni. moga roh mereka diangkat dalam kalangan orang-orang mukmin, aminn”

“Al-Fatihah buat P. Ramlee dan Fairuz Misron”

“Ni suara version P.Ramlee muda remaja, meremang dengar”-kata mereka

VIA TIKTOK

Apa-apa pun, semoga karya-karya P. Ramlee akan terus diingati dan dikenali untuk generasi-generasi baru di Malaysia. Apa kata anda?

Konsert Legasi P. Ramlee: Menghidupkan Kembali Aura Seni Ikonik
Fairuz MisronP. Radhip.ramlee
https://lomp.at/0x8i2
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem