Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Zizi Kirana Akui Persekitaran Yang Baik Bantu Diri Untuk Kekal Istiqomah Tetapi…

by Puteri Alia
October 25, 2023
41
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Zizi Kirana meluahkan rasa syukur kerana ketika membuat membuat keputusan untuk mengenakan hijab, Allah SWT telah mempermudahkan urusan itu sehinggakan tidak terbit rasa terbeban atau kurang selesa di hatinya.

Pun begitu, Zizi tidak menolak, setiap individu harus sentiasa mengingatkan diri sendiri tujuan asal mengenakan hijab.

“Bukan tak pernah orang tanya saya macam mana nak terus kekal istiqamah? Susah nak jawab soalan itu. Saya pun rujuk dengan guru-guru dan para ustazah dan rata-rata mereka menasihatkan supaya saya pilih ‘circle’ yang menuju jalan baik.

“Tetapi, itu tidak bermakna saya perlu buang kawan. Sebaliknya, cari persekitaran itu supaya kekal berada di jalan yang baik. Tentang, ‘aku yang dulu’ itu, biarlah jadi pengajaran. Saya pada hari ini juga adalah apa yang Tuhan telah aturkan.

“Kena selalu ingatkan diri, kenapa kita pilih jalan untuk berhijab dulu. Kalau sebab nak betulkan diri, teruskan walaupun tahu industri seni ini ada cabarannya. Kita pun manusia, kadang lalai atau lupa. Tetapi kalau boleh, cekalkan diri,”katanya.

Selain itu, kata Zizi, masyarakat juga jangan mudah terus menghukum sekiranya nampak ada kalangan artis yang kembali tidak bertudung dan kemudiannya melabel mereka dengan macam-macam kata nista.

Bagi Zizi, kelakuan seperti itu tidak mendatangkan kebaikan malah, setiap individu harus ada empati atau sekurang-kurangnya menegur dengan sifat penuh kasih sayang.

“Saya tahu, ada juga netizen yang lekas menghukum dan lemparkan macam-macam tohmahan dan hinaan pada artis yang buat keputusan kembali ‘free hair’. Ini ujian mereka dan urusan itu adalah antara dia dengan Allah.

“Kita punya ujian tak tahu lagi macam mana. Tak perlu sampai menghina sebab tak mendatangkan kebaikan pun.Sepatutnya kita mendoakan mereka supaya Allah berikan hidayah dan petunjuk. Kita patut sama-sama bimbing mereka,”katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Kompilasi Selebriti 'Tersasul' Panggil Sayang Raih Perhatian!-"Giliran Amira Othman Dengan Fattah Amin Pulak"
zizi kirana
https://lomp.at/ig80l
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem