Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Zul Yahya Ulang-Alik Kayuh Basikal Dari Ipoh Ke Johor Bharu

by Puteri Alia
October 25, 2023
46
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu Palestin bukan semata-mata pertembungan antara agama, tetapi ia isu kemanusiaan sejagat. Sudah berpuluh-puluh tahun lamanya rakyat Palestin dinafikan hak mereka untuk menduduki tanah air sendiri.

Dunia juga mengetahui hasil kerakusan kuasa besar menempatkan Israel di Palestin berdasarkan Deklarasi Belfour pada 1917 dan akhirnya menjajah dan menjarah setiap inci tanah Palestin.

Oleh yang demikian, penindasan ke atas rakyat Palestin tidak hanya menuntut perpaduan orang Islam, sebaliknya membabitkan perjuangan manusia sejagat.

Berbahas soal ini, baru-baru ini tular di media sosial mengenai bekas pelakon dan pelawak, Zul Yahya melunaskan impian untuk berbasikal dari Ipoh ke Johor Bharu dan kembali semula ke Ipoh sebagai solidariti buat Palestin.

Bukan itu sahaja, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya turut membuat kutipan kecemasan bagi disumbangkan ke Palestin.

Dalam satu video yang dimuat naik, Zul Yahya, 50, berkongsi perkembangannya dua hari lalu sebelum tiba di Gopeng.

“Alhamdulillah saya berkayuh naik bukit. Bukit ini antara bukit paling panjang, lebih dua kilometer nak kena mendaki sebelum sampai ke Gopeng.

“Bukit ini panjang. Doa semoga saya selamat (sampai),” kongsinya.

Setelah melalui perjalanan 220 kilometer (km) dan tiba di Kuala Lumpur pada malam 21 Oktober, Zul Yahya disambut beberapa rakan termasuk Datuk Afdlin Shauki.

Menerusi perkongsian secara langsung di akaun TikTok miliknya, bapa kepada enam orang cahaya mata itu dalam perjalanan ke Johor Bharu.

Setakat hari ini, Zul yang merupakan pemilik sebuah kedai makan di Ipoh memulakan kayuhan dari Stadium Kajang pada jam 12 tengah hari Isnin menuju ke Seremban.

zul yahya
https://lomp.at/6ibh3
Share18Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem