Friday, September 12, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Shahz Jaszle Akui Kelembutan Dan Kejelitaan Sophia Albarakbah Mungkin Boleh Buat Lelaki Cair Dan Salah Faham

by Puteri Alia
October 25, 2023
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebagai rakan baik kepada aktres sensasi Sophia Albarakbah, pelakon Shahz Jaszle menyifatkan gelaran penyondol atau pemusnah rumah tangga yang dilekatkan pada aktres itu adalah sangat kasar.

Katanya, prasangka segelintir pihak yang meletakkan pelbagai panggilan buruk itu hakikatnya didorong perasaan dengki dengan kejelitaan pelakon tersebut.

Malah Shahz Jaszle mengakui dia dan isterinya, Nur Hanis Husna yang menjadi tempat aktres itu meluahkan rasa sedih turut bersimpati dengan situasi dihadapinya.

“Sudah tentu dia sedih sehingga meluahkan rasa terkilan kepada kami selepas dituduh dengan bermacam-macam tohmahan terutama dicop penyondol.

“Kami cuma minta dia abaikan saja perkara itu selain tak perlu takut kerana ada sesetengah individu cemburu serta insecure dengannya yang cantik dan lemah lembut.

“Sophia kerja keras untuk berada di tempat sekarang, jadi sebagai kawan saya nasihatkan dia jangan cepat mengalah,” katanya

Pemilik nama sebenar Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin  itu juga tidak menolak dakwaan ada sesetengah individu ingin mendekati aktres berdarah campuran itu menerusinya.

“Sikap lemah lembut serta kejelitaannya memang boleh buat hati lelaki cair sampai ada kenalan saya serta isteri meminta diperkenalkan kepadanya kerana tahu kami akrab.

“Tetapi kalau sudah rasa ada niat tak baik, memang kami tak layan terutama lelaki berstatus suami orang,” katanya.

Baginya, secara peribadi seseorang aktor juga perlu bijak menjaga batas supaya tidak terjebak kepada cinta lokasi sedangkan sudah berkeluarga.

Akui bapa kepada dua cahaya mata itu, apabila isu membabitkan hubungan terlarang kebiasaannya si lelaki ‘terlepas’ begitu saja sedangkan wanita dipersalahkan 100 peratus biarpun belum terbukti kesilapan.

“Sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri nak bawa diri ke arah mana dan nak letakkan perasaan bagaimana terhadap heroin kita.

“Memang bila berlakon sekali kita akan rapat sebab nak mewujudkan keserasian ketika berlakon, tapi jangan berlebih-lebih selain kena sedar diri.

“Hakikatnya kelembutan Sophia boleh buat orang salah sangka dan ingat Sophia menyukai mereka. Itu yang mungkin cetuskan isu,” ulasnya lagi.

Sophia Albarakbah Akan Ke SKMM Berhubung Isu Buli Siber & Gangguan Seksual-"Buli Siber Adalah Tak Normal.."
Shahz JaszleSophia AlBarakbah
https://lomp.at/e7xce
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Datin Shahida Tulis Nama Buku Latihan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?..-“Orang Kaya Pun Sempoi…”

  2. 2

    [VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

  3. 3

    Daniesh Suffian Pilih ‘Menjauh’ Demi Hormati Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq

  4. 4

    Datin Shahida Beli Baju Anak Online, Lain Pula Netizen Perasan?..-“Campur Voucher Jadi Murah”

  5. 5

    5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem