Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad

by Nurul A.
September 3, 2025
Foto - TheInspirasi

Foto - TheInspirasi

20
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam kalangan pembaca, MURAI percaya ada yang sudah gunakan kredit RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula pada 31 Ogos baru-baru ini. Adakah kamu sudah guna kesemua amaun kredit dalam MyKad atau masih ada bakinya?

Jika ada baki, kamu boleh gunakan amaun kredit lebihan itu pada hari, minggu atau bulan seterusnya sehingga akhir Disember 2025. Tapi sebelum itu, kamu perlu semak baki terlebih dahulu sebelum membuat pembelian baharu.

Nak tahu caranya?

Bagaimana Nak Guna Kredit RM100 SARA Dalam MyKad?

Berdasarkan 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan oleh kerajaan, penerima SARA boleh gunakan kredit bantuan untuk membeli seperti berikut:

  1. Bawa MyKad penerima dan kunjungi premis runcit berdaftar berdekatan.
  2. Pilih barang keperluan yang mempunyai label SARA di tanda harga,
  3. Tunjukkan MyKad di kaunter pembayaran, bertujuan untuk pengesahan penerima SARA.
  4. Juruwang akan imbas barangan yang diambil dan bayaran dibuat menggunakan MyKad.
  5. Resit akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Jika pembelian melebihi had kredit atau membeli barangan selain kategori SARA, penerima perlu membayar barangan tersebut secara tunai.

5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA

Bagi penerima SARA yang mahu menyemak baki kredit dalam MyKad, kamu boleh lakukannya secara dalam talian di portal rasmi SARA seperti berikut:

Foto – sara.gov.my / checkstatus.mykasih.net
  1. Layari portal rasmi SARA [https://sara.gov.my/].
  2. Di bahagian halaman utama SARA, tekan “SEMAK KELAYAKAN” untuk dibawa ke halaman MyKasih.
  3. Di portal “Semakan Status” MyKasih, masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-).
  4. Kemudian tekan butang “Semakan Status”.
  5. Maklumat “Baki Bayaran” akan dipaparkan.
Topik Berkaitan MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Selain daripada cara ini, kamu juga boleh semak baki melalui aplikasi MyKasih dan juga semakan resit pembelian.

Foto – bantuantunai.hasil.gov.my/

Pesan MURAI, pastikan kamu sentiasa alert dan menyemak nilai baki kredit SARA dalam MyKad untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa membuat pembayaran. Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
baki SARAMyKadMyKasihSARAsumbangan asas rahmahSumbangan Asas Rahmah (SARA)
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

The Weeknd
LifeXplore

Nak Elak Barang Dirampas Di Pintu Masuk? Jom Semak Checklist Konsert The Weeknd!

by Nurul A.
October 29, 2026

MURAI yakin ramai peminat The Weeknd tidak sabar menantikan tarikh 4 dan 5 November ini. Mana taknya, inilah satu-satunya peluang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara