Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sophia Albarakbah Tidak Dipulaukan Di Set Penggambaran, Siti Khadijah Akui Sophia Malah Disayangi Ramai

by Puteri Alia
October 27, 2023
37
KONGSIAN
Share on Facebook

“Saya sendiri pernah dipulaukan, jadi untuk lakukan perkara itu kepada orang lain, tidak sama sekali. Lagipun, Sophia seorang kawan yang sangat baik. Saya gembira kenal dia.”

Demikian jawapan pelakon, Siti Khadijah Halim ketika ditanya berhubung dakwaan kononnya aktres sensasi, Sophia Albarakbah dipulaukan di set penggambaran lantaran dihimpit pelbagai kontroversi dan tohmahan.

Kongsi Siti Khadijah, sebagai teman di set penggambaran, Sophia banyak membantu dan mengajar dia untuk menjadi wanita yang lebih sopan serta lemah lembut kerana begitulah sifat pelakon itu.

“Dia ibarat permata di set penggambaran. Saya sendiri seronok berkawan dengan dia. Dia selalu teman saya. Dia baik tau. Dia banyak memberi inspirasi dan kami berkongsi ilmu antara satu sama lain.

“Bukan hak atau tempat saya untuk komen isu dia dipulaukan. Saya tak suka perasaan dipulaukan itu sebab pernah merasainya. Mungkin dia ada perasaan takut, tetapi tidak dengan kami semua.

“Alhamdulillah, sepanjang penggambaran bersama dia, semuanya dipermudah. Tiada apa-apa yang negatif berlaku. Kami semua positif,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman dipulaukan, pelakon Sekali Lagi Cinta itu mengakui penglaman tersebut akan dilalui oleh pendatang baharu yang mungkin belum serasi dan berkenalan dengan mereka di set penggambaran.

“Mungkin saya pernh buat dekat orang tanpa sedar, jadi itu adalah kitaran hidup. Saya anggap itu seperti norma sebagai pendatang baharu.

“Nak jadi peramah sangat pun tak boleh, nak terlalu pendiam pun tak boleh. Jadi saya go with the flow sahaja. Alhamdulillah, sekarang semua okay,” ujarnya

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
"Keluarga Dah Sayang"-Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun!
Siti Khadijah HalimSophia AlBarakbah
https://lomp.at/5jmj1
Share15Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem