Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Fazura Lantang Tegur Angelina Jolie Untuk Berani Berkata Benar Isu Palestin

by Puteri Alia
October 30, 2023
2.6k
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika dunia terkejut dengan tindakan kejam dan ganas rejim Zionis, golongan artis dan selebriti juga tidak ketinggalan membawa suara mereka menzahirkan sokongan kepada perjuangan Palestin.

Bagaiamanapun, baru-baru ini pelakon dan usahawan Fazura memberi teguran buat selebriti antarabangsa Angelina Jolie yang memilih jalan ‘neutral’ atau selamat berhubung konflik Israel-Palestin.

Fazura menasihatkan pelakon filem Maleficent itu agar usah takut bercakap perkara yang benar tentang kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin.

“Tolonglah Angie (Angelina Jolie). Jangan takut untuk bercakap perkara yang benar.

“Anda tahu lebih berbanding apa yang anda tulis (kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial,” coret Fazura menerusi ruangan komen aktres itu seraya menyertakan tanda pagar give them back their land (beri balik tanah Palestin).

Menjengah komen individu lain dalam hantaran dimuat naik Angelina atau nama sebenarnya, Angelina Jolie Voight, ramai yang mengutuk kenyatan berbaur neutral (memilih jalan selamat) yang diambilnya.

“Terima kasih tetapi jangan takut cakap perkara yang benar. Perkataan-perkataan yang sebenar adalah: penjajahan, apartheid dan pembunuhan beramai-ramai,” tulis seorang pengguna Instagram.

Angelina menjadi antara selebriti Hollywood yang akhirnya bersuara mengenai krisis Israel-Palestin.

Bagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya yang sepertinya melindungi Zionis atau Israel sedangkan seramai 8,000 rakyat Palestin telah terbunuh disebabkan kezaliman tentera negara tersebut.

Selain bergelar pelakon, Angelina merupakan antara aktres yang terkenal dengan aktiviti kemanusiannya termasuk membantu pelarian-pelarian negara bergolak seluruh dunia.

Fazura Tegur Kecaman Netizen-"Naik Bas, Kelas Ekonomi, Bisnes Tak Tentukan Status Kewangan Fasha Sandha"
Angelina Joliefazura
https://lomp.at/7gi7n
Share1056Tweet660SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem