Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Mimi Lana Tanggung Derita Pengalaman Hitam Batal Perkahwinan

by Puteri Alia
November 1, 2023
97
KONGSIAN
Share on Facebook

Jatuh cinta sesuatu yang misteri, aneh, unik dan ada kala sukar dijelaskan. Ada pasangan yang sudah berpuluh-puluh tahun hidup bersama, cinta tetap kukuh dan mekar.

Sebilangan pasangan lain pula ada yang berpaling kepada cinta lain selepas berbelas tahun menjalani bahtera perkahwinan.

Realitinya, putus cinta sesuatu yang menyakitkan. Selain dirundung kesedihan, seseorang yang mengalami putus cinta juga pasti akan kecewa dan amarah hingga mengalami tekanan perasaan.

Baru-baru ini pelakon Mimi Lana mengaku putus cinta adalah fasa paling menyakitkan buat setiap pasangan yang bercinta.

Mimi berkata, dia juga tidak suka untuk menunjukkan penderitaan yang terpaksa ditanggung akibat daripada sebuah perpisahan.

“Putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu berhenti. Hidup di antara ingatan yang lumpuh dan rindu yang membunuh.

“Di sebalik senyuman yang dibalas dalam setiap situasi dan pertanyaan itu memiliki luka di balik kamar yang sunyi,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Menurut Mimi, pengalaman hitam yang dilalui setiap pasangan berpisah juga memberi sejuta pengajaran bermakna mengenai erti kasih dan sayang.

“Untuk kesekian kali, magis cinta itu belum dapat dirasa tetapi kasih dan sayang itu sentiasa ada.

“Mungkin kerana yang maha cinta itu tidak ada, yang ada cuma Maha Pengasih dan Penyayang.

“Penderitaan manusia juga mulai ketika manusia merasa memiliki. Sakit itu datangnya daripada rasa kita pemilik segalanya.

“Terus terusan refleksi diri daripada terus hanyut tanpa arah. Semoga hati yang terluka tidak pernah berhenti berkasih sayang walaupun cintanya telah pergi,” katanya.

Biarpun tidak menyebut nama individu yang menderita akibat perpisahan, namun ruangan komen dibanjiri dengan andaian netizen yang mengaitkan luahan hati Mimi dengan isu perkahwinan bersama pelakon Syafiq Kyle yang dibatalkan pada saat akhir.

Syafiq Kyle ‘Anak Emak’? Mimi Lana Bongkar Sisi Sebenar Suami

Terdahulu, hubungan Mimi dan Syafiq dikatakan berakhir seminggu sebelum mereka mendirikan rumah tangga, malah punca pembatalan itu masih mencetuskan tanda tanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
Mimi Lanasyafiq kyle
https://lomp.at/qjpmg
Share39Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem