Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Enggan Sebar Penderitaan Palestin, Salena Gomez Beri Alasan Hantarannya Tidak Boleh Mengubah Dunia

by Puteri Alia
November 1, 2023
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Apabila keganasan Israel terus meningkat dalam konflik Israel-Palestin, beberapa selebriti muncul dengan sokongan untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin.

Menggunakan hashtag ‘FreePalestine’ barisan selebriti kategori ‘A-Lister’ ini menggunakan media sosial untuk menyuarakan pandangan dan kebimbangan mereka mengenai keadaan tersebut.

Namun demikian, baru-baru ini penyanyi dan pelakon antarabangsa, Selena Gomez, mengumumkan berehat daripada menggunakan media sosial selepas terkesan dengan peperangan yang tercetus di Palestin sejak 7 Oktober lalu.

Menerusi hantaran di Instastory, penyanyi Calm Down itu mengakui hatinya hancur melihat keganasan yang berlaku melibatkan kanak-kanak.

“Saya berehat daripada menggunakan media sosial kerana hati saya hancur melihat keganasan dan kebencian yang berlaku di dunia.

“Orang disiksa dan dibunuh atas nama kebencian oleh mana-mana pihak adalah sangat ngeri.

“Kita semua perlu melindungi semua orang terutama kanak-kanak dan hentikan semua kejahatan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Selena turut memohon maaf jika kata-kata dan tanda pagar di media sosial tidak cukup kuat untuk menyelamatkan dunia.

“Saya mohon maaf jika kata-kata saya tidak cukup untuk semua orang. Saya tidak sanggup melihat orang yang tidak bersalah dicederakan.

“Saya harap saya boleh mengubah dunia, tapi hantaran di Instagram tidak akan mengubah dunia,” tulisnya.

Kenyataan Selena yang merupakan artis dengan pengikut paling ramai sebanyak 430 juta di Instagram itu kemudiannya mengundang kritikan ramai.

Ramai beranggapan pelakon itu sedang bertindak neutral terhadap konflik yang berlaku di Gaza.

“Tidak dapat mengubah dunia? Awak ada 430 juta pengikut, dan tidak berani langsung untuk melawan pembunuhan beramai-ramai?” tulis satu komen di platform X.

“Sebab itu saya menyampah dengan selebriti yang pilih jalan neutral sebab nak selamatkan reputasi mereka,” komen seorang lagi peminat.

“Tak mengubah dunia? Bukankah sebelum ini awak merupakan aktivis kemanusiaan? apa jadi dengan semangat itu?” soal individu yang lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
3

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Selena Gomez
https://lomp.at/7dtxs
Share13Tweet8SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem