Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Sanggup Lihat Anak-Anak Diambil JKM Daripada Dijaga Ibu?”- Shuhada Kesal Hafidz Roshdi Buat Aduan Mengabaikan Anak

by Puteri Alia
November 1, 2023
351
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam dunia serba digital ini, terdapat banyak rakaman yang tular mengisahkan perebutan anak-anak disiarkan di media sosial dan arus perdana yang menunjukkan sikap ego serta baran kedua-dua pihak dalam menangani isu penjagaan dan lawatan anak.

Malah, acap kali kita membaca berita sedemikian disensasikan di dalam Mahkamah Syariah atau di luar mahkamah.

Sering perebutan anak menjadi isu utama yang hangat diperkatakan. Anak-anak seolah-olah menjadi komoditi bagi ibu bapa yang bercerai atau pada ambang perceraian. Tidak kurang juga anak-anak dijadikan alat untuk membalas dendam antara satu sama lain.

Pasangan yang bercerai perlu menyediakan minda positif bagi menghadapi perceraian. Walaupun rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan, janganlah ada dendam antara mereka.

Jika mereka benar-benar sayangkan anak-anak, maka berusahalah berbincang dan memberikan yang terbaik kepada anak-anak.

Walaupun sudah bercerai, mereka masih boleh menjadi kawan dengan menyantuni batas-batas yang telah ditetapkan hukum syarak.

“Adakah dia lebih sanggup melihat anak-anak diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada dijaga oleh ibu mereka sendiri?”.

Berbahas soal ini, demikian adalah luahan bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengenai kediamannya dikunjungi oleh pihak JKM kerana didakwa mengabaikan anak-anaknya.

“Pihak JKM memang datang ke rumah selepas menerima laporan. Mereka hanya menjalankan tugas mereka dan saya rasa, tak ada masalah pun.

“Cumanya, yang membuatkan saya terkilan adalah, kenapa dia membuat laporan dan dakwaan kononnya saya mengabaikan anak-anak sedangkan itu tidak benar sama sekali.

“Dia sendiri pun tahu, saya tak pernah abaikan anak-anak,” katanya..

Ditanya sama ada pihak Hafidz memberikan alasan kukuh, mengapa tindakan membuat laporan kepada JKM itu dibuat, Shuhada juga tidak tahu apa alasannya.

“Dia tak berikan sebarang sebab atau alasan, mengapa dia bertindak sedemikian. Saya tak pernah menuduh dia apa-apa.

“Tapi, sampai hati dia menuduh saya menggunakan anak-anak untuk cari duit. Saya cari duit, cari rezeki pun untuk tanggung kehidupan saya dan anak-anak,” katanya.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz berumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah dan Umar sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 27 Julai lalu.

Hafidz Roshdi Terlepas! Kes Tampar Shuhada Tamat Tanpa Hukuman
What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
9
hafidz roshdinurul shuhada mat shukri
https://lomp.at/q33v2
Share140Tweet88SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem