Thursday, December 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Bisnes

Kemelut Pekerja MYAirline, Apa Nasib Mereka Sekarang?

by Phic ARMAN
November 2, 2023
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah menjalankan lima program intervensi awal, setakat hari ini untuk membantu merungkai kemelut dialami pekerja syarikat penerbangan, MYAirline selepas penggantungan operasi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini,  PERKESO telah bekerjasama dengan Malaysia Airlines (MAS) merencana usaha menyerap kakitangan MYAirline melalui temu duga bagi jawatan kru kabin, jurutera dan khidmat pelanggan pada 14 Oktober 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, ketika memperincikan perkembangan itu berkata dua lagi mesyuarat lanjutan iaitu secara dalam talian dan fizikal, masing-masing diadakan pada 18 serta 19 Oktober 2023.

“Mesyuarat membabitan pengurusan tertinggi MYAirline ini adalah untuk merangka program susulan yang perlu diadakan secepat mungkin, demi memastikan kebajikan dan kelangsungan hidup pekerja syarikat penerbangan ini terjamin.

“Justeru, hasil mesyuarat itu kemudian membawa kepada taklimat faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan pemprofilan pekerja oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan untuk kakitangan MYAirline bertempat di Subang Jaya, selama dua hari bermula 25 Oktober 2023.

“Menerusi taklimat ini, PERKESO juga mendapatkan butiran pekerja MYAirline untuk proses 357 permohonan faedah SIP bagi tempoh maksimum selama enam bulan, demi menjamin kelangsungan hidup keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, usaha PERKESO menyalurkan bantuan demi merungkai kemelut dialami pekerja MYAirline turut mendapat kerjasama daripada Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM), Mengulas lanjut, Dr Mohammed Azman berkata status kontrak perkhidmatan pekerja
MYAirline yang seakan tergantung adalah antara faktor yang mempengaruhi proses permohonan faedah melalui Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Bagaimanapun, katanya, PERKESO akan terus melipatgandakan usaha ke arah penyaluran bantuan, termasuk dari segi pemberian faedah, penempatan pekerjaan baharu dan peningkatan kemahiran dalam kalangan pekerja MYAirline.

“Rentetan daripada perkara ini, adalah penting untuk majikan pastikan caruman PERKESO untuk pekerja dibuat mengikut ketetapan kerana jika majikan culas, kebajikan kakitangan bakal terjejas apabila pembuangan kerja berlaku.

“Kami amat memandang serius terhadap majikan yang tidak berdaftar dan mencarum pekerja di bawah seliaan mereka dengan PERKESO. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan terhadap perkara ini,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Myairline
Share5Tweet3SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terima Kasih Kerana Berani Menerima Cinta Daripada Lelaki Yang….”-Adam Sinclair

  2. 2

    [VIDEO] Ustazah Asma Harun Terkejut Dengar Umur Noorkhiriah!-“Ustazah Doakan Saya Lagi 3 Tahun Nak Masuk…”

  3. 3

    [VIDEO] Nabila Razali Menyanyi Di Majlis Konvokesyen Raih Perhatian Ramai-“Inai Masih Merah Sis!”

  4. 4

    Hutang Dan Tak Bayar Nafkah Bekas Isteri Punca Penceraian, Kisah Silam Suami Baru BCL Tiko Dibongkar

  5. 5

    Mimi Lana Buka Mulut Hubungan Dengan Syafiq Kyle Dan Menjelaskan Video Tular Makan Bersama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes