Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Usaha Boikot Produk Israel Digelar Hangat-Hangat Tahi Ayam, Sam Tegur Usah Perlekeh Perjuangan Kecil Rakyat Malaysia

by Puteri Alia
November 2, 2023
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Memboikot ekonomi Israel bukan hanya semangat yang bermusim sahaja, tetapi secara konsisten sebagai tanda kita menentang kebiadapan Israel terhadap umat Islam.

Sekalipun boikot kita tidak menjejaskan sama sekali ekonomi Israel, namun sekurang-kurangnya kita berusaha menjadi burung pipit yang telah cuba memadamkan api Namrud yang membakar Ibrahim AS walaupun tiada kesan.

Inilah jawapan kita di hadapan Allah SWT di padang mahsyar kelak selain kita berdoa, menangis, menderma dan menyebarkan kebenaran.

Namun begitu, di sebalik usaha orang ramai memboikot produk atau jenama antarabangsa sebagai solidariti buat Palestin, kedengaran ‘suara nyamuk’ yang memperlekehkan tindakan itu dan beranggapan ia hanyalah sementara.

Tidak bersetuju dengan perkara itu, pelakon berkaliber, Shaheizy Sam berpendapat, tindakan segelintir pihak memperlekehkan usaha itu seperti budak yang belum matang.

Tegas aktor berusia 41 tahun itu, tidak seharusnya seseorang individu melemahkan semangat orang lain yang berusaha membuat kebaikan.

“Bagi saya, orang yang suka memperlekehkan ini budak-budak bawah 12 tahun, kalau ada yang dewasa fikir begini maka mereka sebenarnya masih kebudak-budakan.

“Walaupun awak tak baik atau tak boleh buat baik, jangan perlekeh usaha orang lain.

“Kalau tak ada benda yang bermanfaat untuk diperkatakan, baik tutup sahaja mulut,” ujarnya.

Sam berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, La Luna.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
shaheizy sam
https://lomp.at/mu8ku
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem