Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Tiada Hati Perut Gayakan Kostum Anak Persis Rakyat Palestin Mati Dibom, Kim Kardashian “Menganjing” Cara Halus

by Puteri Alia
November 3, 2023
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Tindakan sesetengah negara yang membela tindakan Israel menyerang rakyat Palestin dengan alasan mahu mempertahankan diri adalah satu penghinaan yang dasyat.

Bahkan, tiada orang lain lebih derita dibanding dengan rakyat Palestin akibat tindakan kurang ajar Israel.

Derita mereka seakan tidak pernah berakhir, malah sejak lebih dua dekad lalu, sudah lebih 3,000 kanak-kanak dan remaja Palestin syahid akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel.

Penjajahan berterusan rejim itu ke atas wilayah, seiring dengan penindasan mereka terhadap penduduk Arab Palestin tanpa seorang pun terkecuali termasuklah kanak-kanak yang dinafikan hak untuk membesar sempurna.

Apa yang lebih mengecewakan apabila masih terdapat ramai golongan yang sanggup membutakan mata apatah lagi hati yang keji itu dengan membiarkan anak-anak kecik rakyat Palestin dibunuh dan dihina dengan begitu kejam.

Baru-baru ini, kecoh di sosial media apabila tindakan selebriti terkenal Kim Kardashian mengundang kemarahan ramai apabila didakwa sengaja menggayakan anak lelakinya Saint West persis kanak-kanak mangsa perang di Palestin.

Terbuka berkongsi dalam media sosial, Saint dilihat menyarung jersi bola sepak berwarna biru dengan tertera nama pemain bola sepak terkenal, Neymar di bahagian belakang baju.

Baju tersebut juga ‘dihias’ dengan kesan kotoran dan darah termasuk sebiji bola yang melekat pada bahagian dada.

“Saint sebagai Neymar junior versi zombi,” kata Kim sebagai kapsyen.

Meskipun sudah memaklumkan bahawa pakaian bertema hantu zombi, rata-rata orang tetap menyelar tindakan Kim yang dikatakan tidak sensitif kerana gaya pakaian anaknya seperti memperlekeh keadaan kanak-kanak yang cedera akibat menjadi mangsa kekejaman Israel di Palestin.

“Otak awak sakit! Ini sangat tidak sensitif dan melibatkan kanak-kanak.

“Tidak sensitif, pakaian seperti kanak-kanak yang cedera dan terkorban di Palestin!

“Ini perkongsian paling bodoh pernah awak lakukan. Nampaknya anda tidak berpihak pada Palestin,” demikian komen netizen yang marah dengan perkongsian tersebut.

Sehingga hari ini, angka kematian akibat konflik Palestin-Israel yang berlarutan sejak 7 Oktober lalu di Gaza kini sudah mencecah lebih 9,000 orang termasuk 3,700 adalah kanak-kanak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
Kim Kardahsian
https://lomp.at/hugcg
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem