Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Nur Nilam Sahkan Status Pasangan Syamsul Dan Ira Kazar Masih Utuh, Tak Pasti Jika Ira Menipu Dirinya

by Puteri Alia
November 3, 2023
263
KONGSIAN
Share on Facebook

Memiliki rumah tangga yang harmoni dan bahagia sememangnya menjadi impian untuk setiap pasangan suami isteri.

Namun, bukan sahaja pasa­ngan berumah tangga tetapi termasuk juga yang masih solo dan sedang mencari pasangan hidup.

Semua itu diluahkan segelintir individu dalam media sosial dan paling menarik perhatian semestinya kriteria pasangan yang mereka inginkan iaitu sekufu.

Sekufu bagi mereka bukan sahaja berdasarkan harta benda tetapi termasuk cara pemikiran dan gaya hidup agar tidak mencetuskan sebarang kom­plikasi dalam hubungan kelak.

Bagi beberapa individu, memiliki pasangan yang sekufu boleh menjamin kebahagiaan rumah tangga dan dapat mengurangkan risiko perceraian.

Jika diamati, tiada persefahaman antara suami isteri adalah punca utama perceraian sehingga timbulnya rasa mahu berkasih dengan orang ketiga dek kerana tidak dapat mengharungi kehidupan yang harmoni bersama pasangan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pensohor media sosial juga isteri pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz akhirnya telah memberi pengesahan bahawa rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan Ira Kazar kini masih utuh.

Tegas Nur Nilam, Syamsul masih berstatus suami kepada Ira, sekali gus  membuktikan segala spekulasi perceraian mereka hanya mengarut.

Memetik sebuah laman portal berita online, akui Nur Nilam yang juga seorang pelakon itu, dia sendiri ada bertanya kepada Ira baru-baru ini dan mengesahkan dakwaan itu tidak benar. Ira masih berstatus isteri kepada Syamsul dan menangkis dakwaan kononnnya mereka sudah bercerai.

“Memang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira untuk dapatkan kepastian, dia cakap tiada pun isu cerai ini.

“Semasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggalkan Ira di rumah saya sebelum keluar ke tempat lain,” katanya.

Tambah Nilam, pasangan suami isteri itu juga memilih untuk tidak berkongsi kisah rumah tangga dalam media sosial kerana pasti akan menjadi mangsa kecaman umum.

“Kalau nak cakap tentang keretakan rumah tangga, Alhamdulillah saya lihat mereka bahagia sahaja.

“Mungkin mereka tidak berkongsi kebahagian rumah tangga dalam media sosial. Saya faham benda itu, kalau kongsi pun pasti akan dikecam.

“Isu bercerai ke apa, dia kata tiada dan semuanya okey. Tidak pastilah kalau dia tipu saya pula,” ujarnya.

Untuk rekod, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand.

Ira Kazar Akui Jahil, Tegur Pengikut Tak Henti Ungkit Kisah Lalu Dengan Syamsul Yusof!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
Ira Kazarnur nilamSyamsul Yusof
https://lomp.at/w3rly
Share105Tweet66SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem