Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Entertainment

RTM Warnai Deepavali 2023, Janji Sembilan Program Terbaik

by Aphit J.
November 5, 2023
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Tiga saluran TV utama milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV1, TV2 dan saluran Okey berkongsi kehangatan sambutan perayaan Deepavali yang disambut 12 November depan menerusi sembilan program terbaik merangkumi drama bersiri, muzikal, telemovie, dan bual bicara.

Pelbagai Tayangan Disajikan

via RTM

Menjelang sambutan Pesta Cahaya ini, saksikan telemovie kekeluargaan bertajuk “Kasih Nermala” di TV1 yang dibarisi pelakon terkenal tanah air.

Menyusul kemudiannya tujuh program menambah seri dan keceriaan Deepavali di TV2 bermula dengan empat episod tayangan drama bersiri terbitan Unit Drama TV RTM bertajuk “Kau Abang Aku”; telemovie “Palaya TV”; bual bicara “Vasantham Khas Deepavali” dan “What Say You khas Deepavali”.

Turut menghiburkan dua program muzikal iaitu “Pertandingan Akhir Bintang Minnal 2023” dan “Oli Veesum Deepavali”. Saluran sama diakhiri dengan tayangan cereka Tamil ‘Pushpa: The Rise”.

Saluran Okey Turut Terlibat

via RTM

Sementara itu saluran Okey pula menyiarkan telefilem bertajuk “Ennaval”, bermaksud ‘Dia Milikku’, kisah penyiasatan merungkai misteri kematian seorang lelaki yang cintanya tidak berbalas.

Berikut disertakan tajuk dan tarikh siaran program berikut:-

“KASIH NERMALA” I 11 November I 2.00 petang I TV1
KAU ABANG AKU I mulai 8 November I 2.30 petang I TV2
PALAYA TV I 13 November I 9.00 malam I TV2
VASANTHAM KHAS DEEPAVALI I 11 November I 3.00 petang I TV2
WHAT SAY YOU KHAS DEEPAVALI I 12 November I 3.00 petang I TV2
PERTANDINGAN AKHIR BINTANG MINNAL 2023 I 12 November I 4.00 petang I TV2
OLI VEESUM DEEPAVALI I 12 November I 9.00 malam I TV2
PUSHPA: THE RISE I 12 November I 10.30 malam I TV2
ENNAVAL I 12 November I 2.30 petang I OKEY

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Jom Saksikan “Malaysia - Destinasi Kesihatan Asean”, Dokumentari Khas Terbitan RTM
deepavaliRTM
https://lomp.at/9miku
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem