Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Penampilan Puteri Sulung Dalam Muzik Video “Cinta Hatiku”, Wany Hasrita Minta Izin Suami

by Aphit J.
November 5, 2023
Share on Facebook

Setelah lebih setahun menjalani kehidupan sebagai isteri dan kini bergelar ibu, pemilik nama WANY HASRITA kini kembali mempertontonkan Muzik Video CINTA HATIKU kepada peminat.

Penampilan Buah Hati

via FMC Music

Berbeza dengan semua single dan muzik video sebelum ini, Wany begitu teruja untuk berkongsi penampilan buah hatinya Aishah Al Iman yang kini berusia hampir 4 bulan di dalam muzik video terbaru yang telah dilancarkan pada 02hb November 2023 yang lepas.

CINTA HATIKU merupakan single terbaru yang cukup istimewa buat Wany di mana lagu tersebut mengisahkan tentang rasa kasih dan sayang seorang ibu pada kurniaan terhebat Illahi.

Meminta Izin Suami

Bercakap tentang penampilan istimewa Aishah Al Iman di di dalam muzik video single terbaru CINTA HATIKU yang telah dilancarkan, Wany sangat berterima kasih pada suami yang dikasihi kerana memahami dan mengizinkan penglibatan Aishah dalam muzik video Cinta Hatiku.

Menurut Wani, Aishah masih sangat kecil, jadi Wany perlu meminta persetujuan suami dulu.

Berterima Kasih Kepada Penyokong

via FMC Music

Tambah Wany lagi, dia sangat berterima kasih pada semua penyokong Wany yang masih sayang wany walau pun Wany kini bergelar isteri dan ibu.

Dia mengharapkan agar peminatnya  menyukai dengan buah tangan terbaru Wany ini.

Wany juga turut mengucapkan rasa sayang yang tidak terhingga buat ibunya yang selama ini telah banyak bekorban membesarkan Wany.

'Diserang' Selepas Beli Piza Jofliam, Wany Hasrita Terima Teguran Dengan Hati Terbuka

Tambah Wany, pengalaman setelah bergelar ibu itu membuatkan Wany lebih rasa nak menghargai ibunya.

Lagu CINTA HATIKU merupakan ciptaan Rudy Nastia dan Lirik oleh Mawar Kasih.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
wany hasrita
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara