Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

“Zuriat Dari Penjara”, Drama Bersiri Keinsafan Banduan Wanita Di TV1

by Aphit J.
November 5, 2023
58
KONGSIAN
Share on Facebook

Drama kemasyarakatan yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) seringkali menjadi pilihan orang ramai yang gemarkan jalan cerita mengundang keinsafan dalam diri seseorang.

Berkongsi Drama Terbaru

via RTM

Terbaharu RTM berkongsi kisah drama bersiri “Zuriat Dari Penjara” mengaitkan dengan watak utama Shara, gadis kampung tinggal dengan keluarganya yang serba kekurangan.

Situasi itu membuatkan Shara membesar menjadi anak yang suka memberontak dan membantah apa sahaja kata orang tuanya.

Masa berlalu dek kerana mahu mengecap kekayaan dalam masa yang singkat dengan cara yang mudah, Shara termakan umpan seorang lelaki yang mengupahnya menghantar barang.

Rupa-rupanya barang tersebuat adalah dadah dan malangnya Shara telah ditangkap pihak polis. Ketika itu dia telah berkahwin dengan Zaman, lelaki yang dicintainya.

Menjaga Zuriat Dari Penjara

via RTM

Kisahnya dilanjutkan dengan Zaman dan Erina diamanahkan menjaga zuriat dari penjara. Zuriat itu sebenarnya adalah dari isteri pertamanya Shara yang dipenjarakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Rizky telah dilahirkan di penjara. Ketika Shara dimasukkan ke penjara, dia mengandung dua bulan. Zaman tidak mengetahui perkara tersebut.

Sementara itu Erina kecewa dengan Zaman kerana menipunya. Shara meninggal di penjara setelah jatuh sakit. Erina menghalau Zaman dan Rizky kerana Erina tidak dapat menerima Zaman menipunya.

Drama 26 Episod

via RTM

26 episod drama arahan Sham JR. ini menemui penonton mulai 4 November ini, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang di TV1 atau boleh menontonnya menerusi RTMKlik (www.rtmklik.rtm.gov.my).

Menampilkan lagu tema bertajuk ‘Sujud’ nyanyian Linda Rafar, ia dibintangi pelakon Wafariena Roslan sebagai Shara, Josiah Hogan (Zaman), Rasya Dean (Erina), Syed Aiman (Rijaluddin), Linda Rafar (Adelia), Danny Anwa (Amar) dan Mubarak Majid (Zakariyya). Turut membantu Aliza Rafar, Jesse Lim, Addam Roslan, Nuzul Harisyah dan Adik Ebrahim Danie.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Josiah HoganRasya DeanWafariena Roslan
https://lomp.at/spjxp
Share23Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem