Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sedap Mulut Tuduh Malaysia Merdeka Hasil Pemberian Mudah Oleh Penjajah, Uyaina “Sekolahkan” Netizen Indon

by Puteri Alia
November 7, 2023
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Apa yang membuatkan Malaysia itu sebuah negara yang unik adalah, kemerdekaan negara kita berakar umbi kepada perpaduan dan permuafakatan masyarakat Tanah Melayu.

Sebagai anak Malaysia, adalah wajah untuk kita mengenang jasa-jasa pemimpin terbabit yang tidak ternilai dalam penubuhan negara bangsa, Persekutuan Tanah Melayu daripada Raja-Raja Melayu hingga Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun VT Sambanthan, Kolonel HS Lee dan Tun Abdul Razak Hussein, bahkan kepada semua terbabit secara langsung dan tidak langsung, disebut nama atau tidak dalam sejarah negara.

Bahkan, jangan dilupa bahawa kemerdekaan negara diraih atas keringat, pengorbanan serta nyawa pejuang-pejuang terdahulu.

Berbahas soal ini, berjiwa patriotik, pengacara Uyaina Arshad menempelak tuduhan melulu seorang netizen Indonesia yang sewenang-wenangnya mendakwa kemerdekaan Malaysia diraih hasil ‘pemberian’ mudah penjajah iaitu British.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Uyaina dalam Instagram miliknya, personaliti berusia 30 tahun itu berkongsi mengenai kemerdekaan yang dituntut penduduk Palestin terhadap penjajahan Israel.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram dipercayai netizen dari Indonesia meninggalkan komen dengan mendakwa kemerdekaan negara (Malaysia) telah diberi oleh pihak British, 66 tahun dahulu.

“Malaysia merdeka kerana pemberian, bukan kerana perang melawan Inggeris (British). Perdamaian diperlukan untuk Hamas vs Israel,” tulis netizen tersebut.

Tidak hanya berdiam diri, Uyaina tampil menyelar kenyataan tersebut dengan meminta agar individu itu tidak mengajarnya mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia.

“Saya rasa, saya lebih tahu sejarah negara saya. Sebelum ‘diberi’ kemerdekaan Tanah Melayu, berapa banyak darah orang yang memberontak menentang penjajah telah gugur?

“Yang kamu lihat cuma ‘pemberian’ menerusi diplomasi? Memang itu yang membezakan cara Malaysia dan Indonesia mendapatkan kemerdekaan negara masing-masing. Tapi, darah prajurit tanah airku yang pernah gugur jangan kau diamkan.

“Jangan ajar tentang sejarah negaraku sebagaimana aku tidak pernah mengajar kamu tentang sejarah negaramu,” balas Uyaina.

Komen balas yang ditinggalkan Uyaina sekali gus menarik perhatian pengikutnya apabila menganggap jawapan yang diberikannya adalah tepat selain memuji wanita itu ‘beauty with brain’.

Ameera Khan Dedah Mahu Tinggalkan Malaysia, Akui Orang Sekeliling Dirinya Terlalu Toksik

“Jangan bicara seolah-olah anda tahu sejarah negara saya. Fakta kamu itu kurang tepat. Jangan tunjuk kebodohan anda,” balas seorang netizen.

“Sejarah negara kami tidak perlu kamu sibuk. Seperti mana kami tidak pernah mahu tahu sejarah negara kamu. Jaga negara sendiri,” kata seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, dalam hantaran yang dikongsikan, pengacara Wanita Hari Ini itu mendesak golongan yang masih menyokong tindakan kejam Israel terhadap Palestin agar melihat kembali jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis itu.

Tegas Uyaina, dia kecewa apabila terdapat individu yang masih bersifat neutral dan enggan bersuara bagi memperjuangkan hak penduduk Gaza walaupun pelbagai video kekejaman Zionis dipaparkan dalam media sosial.

Pada masa sama, pemilik nama lengkap Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu turut meminta masyarakat Malaysia menyemak semula sejarah negara apabila banyak nyawa terkorban akibat perjuangan menentang penjajah suatu ketika dahulu.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
IndonesiaMalaysiauyaina arshad
https://lomp.at/zwa14
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem