Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Chef Zam Kongsi Video Mazuin Hamzah Terbaharu, Peminat Rindu- ‘Mashaallah Masih Cute Macam Dulu-Dulu’

by Phic ARMAN
November 8, 2023
Share on Facebook

Generasi sekarang mungkin tidak mengenali penyanyi & pelakon yang pernah menyerikan industri seni pada era 70-80an ini. Walaupun sudah lama menyepi dalam dunia hiburan,  Dato Laila Utama Hajah Mazuin Hamzah atau lebih dikenali dengan nama Mazuin Hamzah, 58 tetap meniti di bibir peminatnya.

Kejelitaan penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M ini di zaman kegemilangannya menjadi bualan ramai. Baru-baru ini, cef selebriti terkenal tanah air iaitu Professor Chef Zam berkesempatan bertemu dengan Mazuin di Brunei.

Dalam video yang dikongsikan, Mazuin dilihat mendendangkan lagu hitsnya ‘Cinta Palsu’ yang telah mempopularkan kumpulan Quinary M suatu masa dahulu.

@chef.zam

#CintaPalsu #MazuinHamzah #Brunei #?????? #rareperformance #DiRajaBrunei #royalwedding #MalamJagaJaga #tradisiBrunei #BandarSeriBegawan #perkahwinandiraja #wedding #fypシ゚viral #fypage #ChefZam #cheflife #memories #otaimasihberbisa

♬ original sound – Prof. Chef Zam – Prof. Dato’ Chef Zam

Quinary M

Sekadar info, Quinary M adalah kumpulan pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan semua anggotanya mempunyai pertalian adik-beradik.

Di rungan komen akaun TikTok Chef Zam, ramai yang merindukan suara dan nyanyian Mazuin. Rata-rata netizen bersetuju bahawa vokal Mazuin tidak berubah sama sekali, walaupun kini sudah berusia. Netizen juga mengatakan bahawa bekas penyanyi itu tidak kelihatan seperti usianya sebenar.

“Terbaik Mazuin, ingat pergi tengok konsert beliau di tasik perdana di KL.tahun 80an”- tulis akaun @Slamahibrahim

“Peminat Mazuin hadir. Dari zaman quaniry M lagi, zaman remaja saya banyak beli kaset original dia. Suara dia tetap best”- tulis akaun maerpatisolo.

“masih sama mcm dulu , cantiknya, minat dari dulu, anak saya pun bagi nama mazuin” – tulis akaun masturaismaillee.

Dari sumber media tempatan, Mazuin yang berasal dari Ipoh Perak, berkahwin Pengiran Muda Sufri Bolkiah. Namun, tiada siapa yang pernah menyangka perkahwinan itu berakhir dengan noktah yang cukup pilu. Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki oleh para wartawan bagi mendapatkan reaksinya.

Salah satu lagi fakta menarik, Mazuin mempunyai hubungan kekeluargaan bersama Amy Mastura sebagai sepupu.

mazuin hamzahQuinary M
https://lomp.at/y27r1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Kongsi Momen Lucu Bercuti Di Jepun, Peminat Komen-“Rasanya Saya Kena Belajar..”

by Naddy Joe
January 19, 2026

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir ketika bercuti di Jepun sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen lucu mereka sekeluarga pernah...

Read moreDetails
Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara