Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

LAZADA Sediakan Lebih Dari Satu Bilion LazCoins Untuk Pelanggan. Boleh Rebut Sekarang!

by Phic ARMAN
November 8, 2023
Share on Facebook

Lazada, perintis platform eDagang di Asia Tenggara sekali lagi muncul dengan jualan terbesar mereka. Sempena Jualan Tahunan Terbesar 11.11, mereka telah menyediakan lebih satu bilion LazCoins untuk pengguna platform sempena acara membeli-belah tahunan ikonik ini.

Bermula dari 11 hingga 13 November 2023, jualan tersebut mengundang para pengguna membeli-belah sepanjang hujung minggu dengan tawaran dan diskaun yang hebat.

Lebih 1 Bilion LazCoins untuk Direbut

Rakyat Malaysia boleh menikmati nilai pembelian berbaloi dan penjimatan luar biasa semasa Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada dengan lebih daripada satu bilion LazCoins yang sedia untuk direbut.

LazCoins yang dikumpul boleh ditebus untuk diskaun dan harga terendah bagi puluhan juta produk di platform Lazada. Berdasarkan data, didapati bahawa setiap hari, satu daripada tiga pelanggan Lazada menggunakan LazCoins untuk memaksimumkan penjimatan mereka apabila membuat pesanan di platform Lazada merentas rantau Asia Tenggara.

Cara untuk mendapatkan bonus LazCoins sangat mudah. Pengguna hanya perlu mendaftar masuk ke
saluran LazCoins di aplikasi Lazada setiap hari dari 1 hingga 13 November untuk mengumpul lebih
banyak LazCoins berbanding kutipan pada hari biasa.

Pelanggan yang mendaftar masuk setiap hari selama 13 hari berturut-turut akan menerima 1,640
LazCoins (bernilai RM16.40) secara percuma yang boleh ditebus untuk menikmati diskaun tambahan
bagi produk terpilih, di samping rebat sedia ada seperti baucar platform dan baucar dari penjual, serta baucar Penghantaran Percuma dan banyak lagi.

Selain itu, pelanggan yang log masuk ke aplikasi Lazada sepanjang tempoh jualan juga berpeluang menerima kejutan LazCoins secara rawak.

Lazada Bonus

Tibanya 11 November, para pengguna boleh membuat bayaran dengan menggunakan Lazada Bonus* bagi memaksimumkan penjimatan lantaran ganjaran diskaun sebanyak RM9 untuk setiap pembelian berjumlah RM90.

Cha Eun Woo Bawa Aura Oppa Dalam Koleksi Sport Skechers Terbaru

Lazada Bonus boleh mula dikumpul dari 1 November hingga tanggal akhir jualan dan untuk pelbagai jenis produk di seluruh platform.

Tahun ini, Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada juga memperkenalkan Ha11 of Fame* (Hall of Fame) yang menampilkan 11 tawaran eksklusif produk jenama terkemuka yang akan bertukar-tukar bermula 11 hingga 13 November.

Jenama kegemaran ramai seperti DJI, LEGO, L’Occitane, MAC, Nike, Ogawa, Shiseido, Skechers, dan Xiaomi akan menawarkan diskaun sehingga 80% untuk produk mainan, kosmetik dan penjagaan diri, kasut, dan pakaian.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada, sila layari aplikasi Lazada atau klik pada pautan ini. Banyak lagi tawaran dan butiran yang disenaraikan dalam lampiran yang disediakan.

LegomacnikeOgawashiseidoskechersti DJI
https://lomp.at/otssg
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

UNIQLO Hulur Bantuan Kepada Keluarga Yang Terjejas Kebakaran Di Sandakan

by Naddy Joe
May 1, 2026

Peruncit pakaian global, UNIQLO telah menyumbang bantuan kewangan dan pakaian, berjumlah RM42,000 bagi membantu individu yang terjejas akibat kebakaran Kampung...

Read moreDetails
Bisnes

Encik Tan Buka Cawangan Pertama Di Malaysia

by Naddy Joe
May 8, 2026

Encik Tan, sebuah jenama Singapura di bawah Kumpulan Fei Siong yang berkonsepkan makanan jalanan Cina yang bersijil halal, secara rasmi...

Read moreDetails
Bisnes

Pepsodent Kerjasama Dengan Kementerian Kesihatan Dalam Memberikan Kesedaran Kepada Komuniti

by Naddy Joe
April 28, 2026

Pepsodent mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyokong sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia dan Hari Kesihatan Ortodontik Sedunia peringkat...

Read moreDetails
Foto - Sun Life Malaysia
Bisnes

‘Sundays, Better Days’, Sun Life Malaysia x ZUS COFFEE Kembali Bekerjasama Untuk Tahun Kedua!

by Nurul A.
May 11, 2026

Sun Life Malaysia dan ZUS COFFEE bekerjasama untuk tahun kedua dalam kempen 'Sundays, Better Days'. Kempen ini merupakan inisiatif berfokuskan...

Read moreDetails
Berita

Siti Khadijah & MAS Jalin Kerjasama Sempena Pelepasan Kumpulan Pertama Haji Musim 1447H/2026M

by Naddy Joe
April 22, 2026

Siti Khadijah telah menjalin kerjasama strategik bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memperkukuh kehadiran jenama di pintu masuk antarabangsa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara