Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tergamak “Edit” Gambar Selebriti Bertudung Jadi Bogel, Anna Jobling Beri Amaran Keras Aniaya Wanita

by Puteri Alia
November 9, 2023
223
KONGSIAN
Share on Facebook

Sukar untuk kita menidakkan bahawa kecerdasan teknologi buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) adalah sebuah revolusi baharu yang bukan hanya memberi manfaat kepada reka bentuk kreatif tetapi meliputi semua aspek termasuk bidang pendidikan dan pembuatan.

Bahkan keupayaan dan kemampuannya juga membantu memudahkan banyak urusan manusia.

Namun begitu, setiap pembaharuan digital pastinya membawa padah jika  terdapat tangan-tangan enteng yang sewenang-wenangnya mempraktikkan kelebihan teknologi AI ke arah kemaksiatan serta jenayah siber.

“Gila! Perkara ini memalukan dan boleh timbulkan fitnah.”

Demikian reaksi aktres, Anna Jobling berhubung fotonya disunting menggunakan teknologi buatan atau AI sehingga sehingga mendatangkan aib seterusnya menjatuhkan maruahnya sebagai wanita.

Pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu turut menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan sebagai memualkan dan kerja gila.

“Bagi saya perkara ini memalukan dan kalau tidak dibendung boleh menimbulkan fitnah kerana sangat melampau.

“Mengarut, saya tiada masa untuk layan. Lebih baik fokus kerja sahaja,” katanya.

Menurut heroin drama Melur Untuk Firdaus itu lagi, dia mengetahui perkara tersebut daripada orang sekelilingnya dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya melampaui batas.

“Peminat dan pihak pengurusan ada memaklumkan perkara ini kepada saya melalui media sosial.

“Kalau jumpa, saya akan lapor akaun tersebut dan sekiranya melampau saya akan ambil tindakan seterusnya,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan foto Anna yang disunting pihak tidak bertanggungjawab telah tular dalam aplikasi TikTok.

Menerusi foto tersebut, aktres berdarah kecukan Melayu-Inggeris itu dilihat menggayakan bikini.

Meskipun jelas foto itu disunting menggunakan teknologi AI masih ada pihak yang percaya dan bertindak mengeccam aktres itu.

Selain Anna, ramai lagi selebriti terkenal wanit tanah air turut menjadi mangsa termasuk Sophia Albarakbah, Iman Troye dan Mira Filzah.

"Keluarga Dah Sayang"-Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Anna JoblingIman Troyemira filzahSophia AlBarakbah
https://lomp.at/k7q7h
Share89Tweet56SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem