Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Tabung Bantuan Mangsa Banjir: Procter & Gamble (P&G) Dan Mydin Lancar Kempen ‘Bersama Demi Semua’

by Aphit J.
November 11, 2023
Share on Facebook

Dalam satu kerjasama bersejarah, sebuah syarikat barangan pengguna global yang terkemuka, Procter & Gamble (P&G), bergabung tenaga dengan sebuah rangkaian borong dan runcit tempatan di Malaysia, MYDIN bagi melancarkan kempen dana bantuan banjir musim tengkujuh.

Mengumpul Dana

via Mydin

Kempen ‘Bersama Demi Semua’ ini bertujuan mengumpul dana untuk komuniti yang bergelut dengan kesan banjir pada musim tengkujuh setiap tahun di Malaysia.

Bermula 1 November, 2023 hingga 6 Januari, 2024, setiap pembelian produk P&G bernilai RM10 dari mana-mana pasar raya MYDIN, 5 sen akan disumbangkan kepada tabung bermakna ini.

Ketika tempoh kempen berakhir, pasar raya MYDIN akan menjadi pusat perolehan barangan keperluan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir.

Tahun lepas menyaksikan Malaysia berdepan banjir paling teruk dalam sejarah, yang turut menjejaskan ribuan orang di seluruh negara.

Sebagai Langkah Berjaga-Jaga

Sebagai langkah menangani situasi yang buruk ini, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan belanjawan yang besar untuk bantuan banjir dan pengurusan bencana pada tahun 2024.

Langkah proaktif sebegini sejajar dengan misi P&G yang telah lama wujud untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna dan komitmen MYDIN yang tidak berbelah bahagi terhadap kebajikan masyarakat.

Meluaskan Bantuan

via Mydin

Kerjasama seperti ini menekankan kepentingan penglibatan komuniti dan meletakkan asas untuk pembangunan mampan yang lebih memberi impak.

Dengan bekerjasama, syarikat korporat boleh meluaskan keberkesanan bantuan mereka serta menjamin ianya dapat dinikmati oleh golongan tumpuan dengan segera dan berkesan.

Untuk mendapatkan maklumat terperinci dan kemas kini mengenai inisiatif ini, layari www.procterandgamble.com atau hubungi mereka melalui Instagram, Twitter, TikTok dan
Facebook.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
mydin
https://lomp.at/m4t96
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem