Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Isu Jamal Abdillah Tidak Rancang Tambah Zuriat, Anak Sulung Bersuara?-“Cukuplah…”

by Naddy Joe
November 13, 2023
3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Raja pop, Datuk Jamal Abdillah baru-baru ini memberikan kenyataan kepada media tempatan mengenai dirinya yang tidak mahu merancang untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

Jelas Jamal, dia akui rasa kasihan melihat isterinya, Datin Zai Izzati yang tidak menang tangan menguruskan anak-anak mereka yang semakin membesar.

Kenyataan Jamal turut mendapat reaksi oleh putera sulungnya yang juga penyanyi, Osama Yamani menerusi Insta Stories yang meminta bapanya itu untuk hanya menanti cucu kelak.

“Udah-udah le tu baba. Tunggu la cucu pulak Baba.”-tulis Osama Yamani di Insta Stories

“Cukuplah Yang Dah Ada Ni..”

Dalam pada itu, Osama turut memberikan komen pada salah satu posting mengenai bapanya di media sosial, dengan berpendapat bahawa cukuplah dengan cahaya mata yang sedia ada.

“Udah-udah le tu. Cukuplah yang dah ada ni.”-komen Osama di Instagram

Bukan Mudah Untuk Menguruskan Anak-Anak

Dipetik dari laporan Harian Metro, Jamal menyatakan bahawa dia tidak sanggup melihat isterinya yang bertungkus lumus menguruskan anak-anak biarpun turut dibantu oleh pembantu rumah.

“Buat masa ini biar dululah. Bukan apa, saya tak sanggup lihat isteri saya jaga seharian dengan ada pembantu pun tak cukup juga.

Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak. Tak menang tangan dan kasihan saya melihat orang rumah saya.”-kata Jamal kepada Harian Metro

Sekadar info, Jamal Abdillah mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari 2022.

Jamal juga mempunyai dua cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, dan Ahmad Zaki Yamani.

Konsert Legasi P. Ramlee: Menghidupkan Kembali Aura Seni Ikonik
Datuk Jamal Abdillah
https://lomp.at/4o93d
Share1186Tweet741SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem