Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Sarungkan Jumpsuit Denim Ala Selebriti Hollywood, Ini Pilihan Gaya Terbaik Miss Murai

by Soph Azz
November 15, 2023
Foto - Daily Star / Vogue / Pinterest

Foto - Daily Star / Vogue / Pinterest

15
KONGSIAN
Share on Facebook

Percayalah, tak semua orang berani nak gayakan jumpsuit. Ini kerana ada yang rasakan jumpsuit tak sesuai dengan bentuk badannya, tak tahu nak padankan dengan apa atau pun tiada masa yang sesuai nak gayakannya.

Bagi Miss Murai, jumpsuit adalah satu pakaian yang paling mudah, cepat dan trendy untuk kita gayakan tanpa mengira masa. Kamu boleh gayakannya secara kasual atau formal, bergantung pada selera kamu.

Didatangi dalam pelbagai gaya dan potongan; sekiranya kamu memerlukan idea untuk bergaya dengan jumpsuit, Miss Murai ada beberapa pilihan gaya selebriti yang boleh kamu ikut.

Psst… Ini gaya terbaik selebriti Hollywood yang gayakan jumpsuit menurut Miss Murai.

Foto – Yahoo / X

Bella Hadid 

Tiru semula gaya Bella Hadid dengan mengenakan jumpsuit yang mempunyai zip di bahagian hadapan. Gayakan secara separa berzip atau sepenuhnya bergantung pada pilihan gaya kamu. Jangan lupa lengkapkan gaya tersebut dengan sepasang but hitam dan beg tangan dalam rona yang sama.

Foto – Vogue / Pinterest

Kaia Gerber

Lebih kasual, gaya Kaia Gerber ini sesuai jika kamu mahukan stail yang cool! Ikat bahagian pinggang dengan tali jumpsuit atau tali pinggang untuk berikan bentuk pada badan, kemudian padankan bersama sepasang kaca mata dan beg bahu.

Foto – Daily Mail

Ellie Goulding 

Paling lain daripada yang lain, jumpsuit Ellie Goulding ini sangat menarik perhatian! Mengandungi corak cucian asid yang bersaiz besar, kamu boleh gayakan wide leg strap jumpsuit ini dengan pakaian dalam yang lain warnanya untuk tonjolkan gaya kamu dalam khalayak ramai.

Foto – Daily Star / Yahoo

Amanda Holden 

Akhir sekali, gaya Amanda Holden ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan gaya seksi dan elegan dalam satu masa yang sama. Jumpsuit ketat tanpa lengan ini sesuai dipadankan bersama kasut tinggi seperti kitten heels, beg tangan seperti box clutch atau belt bag dan sepasang kaca mata.

Kongsikan dengan Miss Murai, mana satu gaya jumpsuit yang kamu akan cuba?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
amanda holdenbella hadiddenim jumpsuitellie goldingjumpsuitkaia gerber
https://lomp.at/4rsoc
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem