Thursday, December 19, 2024

“Jayden Manusia Terpaling Gembira”- Nabila Terharu Kekasih Sharnaaz, Amelia Sudi Berkunjung Ke Rumah

880
KONGSIAN
Umum mengetahui bahawa perceraian memberi kesan kepada sesebuah institusi kekeluargaan, lebih-lebih lagi kepada anak-anak. Perceraian ibu bapa yang kadangkala membawa kepada perebutan hak penjagaan anak mengakibatkan gangguan emosi kepada anak-anak.
Namun begitu, ramai juga pasangan yang berjaya mengorbankan ego dan dendam demi kebajikan anak-anak. Tidak dinafikan bukan mudah untuk pasangan yang sudah berpisah menjalani hidup bekerjasama dalam hal melibatkan kepentingan anak-anak.
Bercerai tidaklah bermaksud untuk bermusuh. Apa yang perlu dilakukan adalah melihat ke depan. Kehidupan lalu yang pernah dilalui bersama perlu disesuaikan terutamanya apabila melibatkan kepentingan anak-anak. Ada istilah masyarakat yang popular, “kahwin elok-elok, takkan semasa dan selepas bercerai ingin gaduh-gaduh”.

 “Terima kasih Amelia untuk hari ini (semalam). Jayden manusia terpaling gembira.”

Demikian penghargaan usahawan Noor Nabila buat kekasih bekas suaminya, Sharnaaz Ahamd iaitu Amelia Christie yang berkunjung ke kediamannya semalam.

Perkongsian video Nabila mengenai kehadiran Amelia yang menghabiskan masa dengan bermain bersama Jebat Jayden dan menyiapkan juadah buat mereka mencuri perhatian netizen.

Menerusi video itu juga, Amelia dilihat tidak kekok melayan Jayden bermain badminton dalam rumahnya.

Hubungan baik yang terjalin itu sekali gus meraih pujian orang ramai yang menyifatkan Nabila sangat profesional dan matang.

“Nabila sangat bagus, dulu dengan anak Engku Emran pun dia baik. Sekarang kekasih bekas suami pun  layan dengan baik.

“Sepertinya Amelia sudah dapat lampu hijau.

“Untung Jayden ada ibu dan bakal mak yang pandai masak. Seronok tengok Jayden gembira,” komen netizen.

Terdahulu, kakak selebriti terkenal Neelofa itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.

Sementara itu, hubungan cinta Amelia dan Sharnaaz mula dapat dihidu apabila aktres itu kerap menemani kekasihnya di beberapa acara hiburan.

Difahamkan, hubungan mereka mula rapat selepas menjalani penggambaran sebuah drama.

+1
4
+1
3
+1
1
+1
1
+1
2
+1
2

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI