Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Biden Akui Sudah “Nasihat” Netanyahu Bahawa Penjajahan Ke Atas Palestin Adalah Satu Kesilapan Besar

by Puteri Alia
November 16, 2023
Share on Facebook

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mendakwa, beliau sudah ‘menasihati’ Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa penjajahan ke atas Palestin satu kesilapan besar.

Memetik sebuah laporan berita, Biden memaklumkan satu-satunya cara bagi menyelesaikan konflik Palestin-Israel ialah dengan penyelesaian pertikaian dua negara itu.

“Saya sudah memberitahu Netanyahu bahawa saya tidak percaya perang akan berakhir sehingga penyelesaian dua negara dicapai.

“Saya jelaskan kepada Israel bahawa saya fikir ia adalah satu kesilapan besar bagi mereka untuk menduduki Gaza,” katanya kepada pemberita, semalam.

Sementara itu, menjawab tentang mesejnya terhadap tebusan pada minggu lalu, Biden menjelaskan, kenyataan beliau itu bermaksud beliau akan menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan tahanan itu.

Katanya, beliau berusaha melakukan segala-galanya untuk membebaskan tebusan yang ditahan kumpulan pejuang Hamas di Gaza, namun tidak perlu menghantar tentera AS.

“Datang untuk membantu anda, mengeluarkan anda. Saya tidak bermaksud menghantar tentera ke sana… saya tidak bercakap tentang tentera,” katanya dalam sidang media, semalam.

Biden berkata, dia sedang mengusahakan isu itu secara berterusan dan tidak akan berhenti sehingga semua tebusan termasuk seorang kanak-kanak AS berusia tiga tahun dibebaskan.

Ketika ini, Qatar menjadi pengantaraan antara Hamas dan pegawai Israel untuk membebaskan lebih 240 tebusan.

Joe Bidennetanyahu
https://lomp.at/ivsc1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara