Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Peminat Meninggal Sebelum Konsert Bermula Akibat Cuaca Panas, Taylor Swift Zahirkan Rasa Sedih Di Instagram

by Aphit J.
November 19, 2023
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada konsert The Eras Tour di Brazil pada 17 November 2023 yang lepas, Taylor Swift meratapi kematian salah seorang peminatnya yang turut hadir pada konsert tersebut.

Menangguhkan Konsert

via Instagram Taylor Swift

Disebabkan kematian salah seorang peminatnya, Taylor terpaksa menangguhkan permulaan konsert itu selama 1-2 jam.

Taylor Swift berkata, hatinya hancur kerana salah seorang peminatnya meninggal dunia akibat panas dan pada konsert tersebut, dia dilarang membawa minuman.

Menerusi Instagram Storynya, Taylor Swift mengucapkan takziah atas kematian salah seorang peminat wanitanya sebelum konsert di Rio de Janeiro, Brazil pada hari Jumaat, 17 November 2023.

Mengakui dia sangat sedih kehilangan salah seorang peminatnya, Taylor mengesahkan dia hanya tahu peminatnya sangat cantik dan muda.

Saya tidak percaya saya menulis kata-kata ini tetapi dengan hati yang hancur saya katakan kami kehilangan peminat malam tadi sebelum persembahan.

Saya tidak dapat memberitahu anda betapa hancurnya saya untuk ini. Terdapat sangat sedikit maklumat yang saya ada.

Taylor Swift mengakui jika dia tidak bercakap mengenai perkara ini di atas pentas The Eras Tour, dia pasti akan berasa sedih.

Rebah Di Stadium

via Instagram Taylor Swift

Disebabkan itu, menerusi Instagram, Taylor meluahkan rasa kepada umum perasaan kehilangannya peminatnya itu.

Adalah diketahui bahawa konsert The Eras Tour Taylor Swift berlangsung di Rio de Janeiro kemudian ke San Paulo.

Menurut Intepseleb, peminat itu rebah di stadium dan kemudiannya meninggal dunia, dengan punca kematian disahkan sebagai serangan jantung dan pernafasan.

Khabarnya, penganjur Taylor Swift Eras Tour di Rio de Janeiro melarang membawa minuman ke dalam kawasan konsert walaupun suhunya sangat panas.

Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual, Taylor Swift Dedah Hanya Minta Pampasan $1
Taylor Swift
https://lomp.at/0pgt2
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem