Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Zizi Kirana Sebak Menyanyikan Lagu ‘Atouna El Taoufoule’ & Dikelilingi Anak-Anak Palestin!

by Amirul Fikry
November 20, 2023
245
KONGSIAN
Share on Facebook

Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil atau lebih dikenali sebagai Zizi Kirana merupakan seorang penyanyi wanita yang tidak asing lagi di Malaysia. Wanita kelahiran Sabah ini memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi selepas memasuki pertandingan nyanyi Akademi Fantasia musim ke-7 anjuran ASTRO.

Zizi Kirana telah berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Yusuf Bahrin pada 2021 dan kini dia bahagia bersama-sama suaminya itu menjalani kehidupan seperti biasa. Zizi Kirana juga kini sering tampil dengan imej muslimah selepas berhijrah dari kehidupan lampaunya dan perkara itu amat disanjungi ramai.

Zizi Kirana juga, kini sering tampil mengalunkan lagu-lagu ketuhanan serta berunsur nasihat buat peminat-peminatnya, tambah pula lagu-lagu dari bahasa Arab sememangnya menjadi makanannya.

“Nyanyian Menusuk Ke Dalam Jiwa”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Zizi Kirana yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 492 ribu, tanda suka sebanyak 46 ribu dan hampir 1 ribu komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Zizi Kirana menyanyikan lagu yang bertajuk ‘Atouna El Taoufoule’ bersama dengan kumpulan koir kanak-kanak Malaysia dan dikelilingi kanak-kanak dari Palestin yang berada di Malaysia.

@kir4n4

Malam Tadi Dikelilingi Anak-Anak Tercinta Dari Palestine & Malaysia ,sesak dada menahan airmata mengenangkan nasib anak-anak kita di Palestine?????? @SHANELLHARUN.MY Jazakumullah Khair Untuk Dress Yang MasyaAllah Ini ?

♬ original sound – Zizi Kirana – Zizi Kirana

Nyanyian tersebut telah mendapat perhatian ramai. Mereka mengatakan betapa ramai artis yang menyanyikan lagu tersebut, akan tetapi hanya nyanyian Zizi Kirana sahaja yang menusuk kalbu dan menyentuh jiwa.

Sedapnya suara Zizi, Makhraj setiap huruf tu pun best”

“Meremang bulu roma dengar Zizi Kirana bawa lagu ni”

“Baru dengar je, meremang terus. Betul-betul sedap suara Zizi ini sangat menghayati”-kata mereka

VIA TIKTOK

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat saudara seislam dengan kita yang sedang berjuang mempertahankan negara mereka di Palestin. Semoga kita semua diberikan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

YouTube video

Apa kata anda?

[VIDEO] Kompilasi Selebriti 'Tersasul' Panggil Sayang Raih Perhatian!-"Giliran Amira Othman Dengan Fattah Amin Pulak"
Atouna El Taoufoulepalestinzizi kirana
https://lomp.at/rl1b7
Share98Tweet61SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem