Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Gara-Gara Dituduh “Curi” Budaya Indonesia, Nabila Huda Terima Ugutan Anak Akan Diculik

by Puteri Alia
November 20, 2023
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Pertukaran budaya adalah medium penting bagi memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Indonesia, bahkan ia mampu menjadi jambatan antara identiti bangsa kedua-dua negara serumpun itu meskipun budaya semakin ditenggelami oleh kehidupan moden masyarakat kini.

Namun, semakin hari semakin menjadi-jadi apabila kedua-dua negara ini sering berlaku perang mulut membahaskan soal ‘klaim’ budaya yang sering kali menjadi topik hangat menerusi laman media sosial.

Kalau sebelum ini Malaysia dituduh mencuri “karya seni dan makanan” tertentu milik asal Indonesia, kali ini lain pula halnya.

Pelakon versatil, Nabila Huda berkongsi tangkapan skrin komen seorang individu dipercayai warga Indonesia yang berang terhadapnya.

Menerusi tangkapan skrin tersebut, individu menggunakan akaun media sosial sebagai @Bim_16 itu menuduh Nabila atau lebih mesra disapa Abil mencuri budaya Indonesia.

“Nabila Huda @abilsuhaimi is the NO. 1 claimer/thief of the INDONESIAN CULTURE,” tulisnya di platform X.

Dalam hantaran sama, individu berkenaan turut mengugut mahu menculik puteri tunggal Nabila, Keisha Laila sekiranya masih menuntut budaya Indonesia itu.

“Saya akan menculik anak awak sekiranya masih ‘claim’ budaya Indonesia @abilsuhaimi,” tambahnya.

Bagaimanapun, aktres filem Rahsia ini tidak cepat melenting dan hanya meminta pengikutnya membalas komen individu berkenaan.

“Boleh sesiapa tolong balaskan,” tulis Abil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berang terhadap individu berkenaan dan tampil mempertahankan anak rockers terkenal, Datuk Amy itu.

Mungkin mereka lupa, ramai rakyat Malaysia itu sendiri datang daripada rumpun warisan Indonesia seperti Jawa, Bugis, Acheh, Minang dan sebagainya, justeru kita sememangnya berkongsi budaya yang sama.

Sebelum ini, makanan negara dikatakan dicuri Malaysia iaitu rendang, cendol, popia, nasi goreng selain karya seni seperti batik dan Rasa Sayang.

[VIDEO] Gelagat Nabila Huda Peluk Sajat, Curi Perhatian Ramai!-"Dia Menangis Dapat Jumpa Kawan-Kawan"

Berikutan itu, pereka fesyen Indonesia, Rinaldy A Yunardi menggesa kerajaan Indonesia patenkan semua budaya dan kesenian milik negara itu supaya ia tidak “dicuri” lagi.

Indonesianabila huda
https://lomp.at/o5wj2
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem