Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Berkepul-Kepul Asap & Siap Bunga Bergerak Lagi, Zaimi Zulkafli Cipta Baju Khas Untuk Aina Abdul

by Soph Azz
November 21, 2023
Foto - @ainaabdul (IG)

Foto - @ainaabdul (IG)

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut sahaja nama “Aina Abdul”, Miss Murai tahu ramai yang dapat bayangkan fesyen luar biasanya. Tak pernah mengecewakan, fesyen Aina sentiasa buatkan ramai yang teruja dan berteka-teki dengan setiap penampilannya.

Kini penyanyi ini baru selesai mengadakan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Selain daripada kehebatannya membawa kesemua lagunya dengan penuh bertenaga, ramai juga yang kagum dengan penampilannya pada malam itu.

Mana taknya, penyanyi yang terkenal dengan fesyen luar biasa dan di luar kotak ini sekali lagi mengejutkan peminatnya dengan pilihannya yang “extra”. Yang paling menarik perhatian sekali adalah pakaiannya yang mengeluarkan asap dan juga ada bunga bergerak.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Khas untuk Aina Abdul, penampilan penyanyi ini dalam gaun kepulan asap dan bunga bergerak itu dihasilkan oleh pereka Zaimi Zulkafli. Pilihan warna gaun tersebut diinspirasikan oleh embun pagi, yang menampilkan bayangan tona dari gelap ke terang.

View this post on Instagram

A post shared by Aiszzy Electronics Sdn. Bhd. (@aiszzyelectronics)

Berbeza daripada penampilan Aina sebelum ini, gaun biru Zaimi Zulkafli ini diperincikan dengan teknik ‘mini fogging’ hasil kerjasama dengan Aiszzy Electronics. Teknik ini mengeluarkan kepulan asap dari sisi lengan yang diperincikan dengan hiasan jemeki dan kristal.

Kemudian, Zaimi Zulkafli turut mereka khas perincian bunga-bungaan bergerak di mana ianya merupakan gabungan kreatif teknologi kinetik daripada gaya signature rumah fesyen tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Zaimi Zulkafli (@zaimizulkafli)

Tambahan pula, pereka ini turut berkongsi mereka menggunakan silhouette korset pada Aina Abdul. Tujuannya adalah untuk membuatkan penampilan Aina lebih rapi,  manakala leretan organza yang dijahit tangan menjadi gaya penyanyi ini lebih dramatik dan bebas.

Bagi Miss Murai, keseluruhan penampilan Aina Abdul di konsert A Night With Aina Abdul 3.0 sememangnya luar biasa dan sangat mega!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Aina Abdul Tampil Sederhana Di Hari Raya, Kini Sambut Lebaran Dengan Kesayangan
aina abdulBaju Aina Abdulfesyen aina abdulKonsert Aina Abdulzaimi zulkafli
https://lomp.at/g54xt
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem