Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Coldplay Dari 2017 Sudah Sokong Palestin, Pernah Melawat Tanah Palestin Untuk Bikin Inspirasi Album

by Puteri Alia
November 21, 2023
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa Malaysia tidak akan berhenti melakukan libat urus dan berusaha mempengaruhi negara-negara lain dalam menyokong perjuangan Palestin dan mengutuk dengan keras kekejaman rejim Zionis.

Bahkan ita mulai melihat pelbagai negara, misalnya satu per satu negara di Amerika Latin mulai menyatakan pendirian mereka menentang rejim Israel yang melakukan penganiayaan berterusan terhadap rakyat di Gaza

Ketika satu dunia sedang menyaksikan pergelutan antara Israel dan Palestin, konsert kumpulan popular dari Britain, Coldplay: Music Of The Spheres World Tour yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok, terus dihambat perdebatan sama ada patut diteruskan atau dibatalkan.

Bagi yang tidak mengetahui, vokalis Coldplay, Chris Martin sudah lama menyatakan sokongannya terhadap Palestin.

Pada 2017, Martin bersama pasukannya melawat Palestin untuk memperkayakan perspektif dan mencari inspirasi buat album baharu mereka.

“Hai semua. Kami di Israel dan Palestin untuk mendengar dan belajar.

“Itu sahaja, tiada konsert yang dijadualkan, kami hanya melalui pengembaraan menarik untuk mengetahui mengenai kawasan ini.

“Artikel yang mendakwa kami menandatangani kontrak adalah tidak betul,” tulisnya pada 25 Februari 2017.

Mengimbas semula pada 2011, Coldplay pernah memuat naik lagu ‘Freedom for Palestine’ di halaman Facebook rasminya dan menggesa peminat untuk mendengar lagu yang dikeluarkan oleh organisasi bukan berasaskan keuntungan, One World.

Menurut media Yahudi iaitu Forward.com, segelintir peminat mengecam kumpulan itu dan berjanji untuk memboikot, manakala yang lain menyatakan sokongan.

Bahagian lirik dianggap kontroversi adalah seperti berikut:

“Kami adalah rakyat, inilah masa kami, berdiri, bernyanyi untuk Palestin.”

Menurut Washington Post, hantaran dalam Facebook itu menerima sekurang-kurangnya 12,000 komen dalam satu hari. Kemudiannya, Facebook memadam hantaran berkenaan.

Dakota Johnson & Chris Martin Berpisah Selepas 8 Tahun Kerana Sebab Ini?

Coldplay juga pernah menjalinkan kerjasama dengan sebuah band Palestin iaitu Le Trio Joubran dalam menghasilkan lagu berjudul Arabesque.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
coldplay
https://lomp.at/gbecs
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem