Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Rumah Tangga Didakwa Sedang Bergolak Selepas Isu Buka Tudung, Mawar Rashid Memilih Berdiam Diri

by Puteri Alia
November 22, 2023
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Tiada rumah tangga yang bebas daripada ujian. Namun setiap ujian pasti ada jalan penyelesaiannya. Rumah tangga bahagia adalah yang mampu menghadapi ujian bersama-sama tetapi masih berpegang teguh pada syariat-Nya.

Kita perlu belajar bahawa ujian dalam rumah tangga akan datang dari segala arah, bersedialah menghadapinya.

Berbahas soal ini, pelakon Mawar Rashid memilih berdiam diri apabila diminta mengulas mengenai dakwaan dia dan suaminya, Raf Yaakob bakal bercerai.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, ketika menjawab panggilan media tidak memberikan sebarang maklum balas dan mematikan telefon bimbitnya sebaik diajukan soalan.

Difahamkan Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob 38, sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.

Isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia mengambil keputusan membuka tudung.

Sementara itu, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 45, enggan mengulas dakwaan mengatakan adiknya, Raf Yaacob dan Mawar bakal bercerai.

Fazley sebaliknya ingin memberikan ruang kepada pasangan itu menyelesaikan isu rumah tangga mereka.

“Saya mohon maaf, saya tak boleh ulas lanjut dakwaan ini. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri.

“Setakat ini, apa yang boleh saya katakan hanyalah memohon supaya semua orang mendoakan yang baik-baik buat Raf dan Mawar.

“Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan itu,” katanya.

Mawar dan Raf melangsungkan pernikahan pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Sementara itu, Raf pula memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan yang terdahulu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
"Lepas Jadi Janda, Baru Kenal Diri Sendiri”-Mawar Rashid Akui Dirinya Makin Jelita
mawar rashidraf yaakob
https://lomp.at/jkbcx
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem