Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tidak Akan Dilaksanakan Pada 2024, Dijangka Bermula 2025

by Puteri Alia
November 23, 2023
Share on Facebook

Kementerian Pertahanan memaklumkan program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak akan dilaksanakan pada 2024, sebaliknya ia dijangka bermula semula pada 2025.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana peruntukan untuk melaksanakan program itu tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada 13 Oktober lalu.

“Kemungkinan PLKN ini untuk laksana semula pada 2024 memang tak ada kerana tidak dibajetkan pun (dalam Belanjawan 2024). Kalau kita nak menggunakan kem-kem wataniah, sepertimana yang saya sebut sebelum ini, kita memerlukan naik taraf dulu kem tersebut secara ‘one-off’.

“Ada 13 kem wataniah di seluruh negara. Jadi perincian mekanisme pelaksanaannya, kementerian akan bersama-sama dengan semua pemegang taruh terutamanya pihak NGO, masyarakat dan yang lain sebelum kita memuktamadkan dan mendapat kelulusan untuk menghidupkan dan meneruskan PLKN, mungkin pada tahun 2025,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau menambah, program yang dimansuhkan pada 2018 itu telah diluluskan oleh kabinet untuk kementerian memulakan kajian bagi menghidupkan semula PLKN.

Jelas beliau, pelbagai pilihan telah dikaji termasuk cadangan agar melibatkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pada 31 Oktober lalu, Mohamad dilaporkan berkata, PLKN akan dilaksanakan menerusi dua fasa.

Menurutnya, Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM), yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Manakala, pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalani latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan menyertai Fasa 2 di kem latihan Askar Wataniah sedia ada.

Kementerian Pertahanan kemudian dalam kenyataan berasingan memaklumkan hanya remaja yang lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani PLKN sekiranya program itu dilaksanakan semula.

PLKN
https://lomp.at/e9fio
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Video - @tataygold (TikTok)
Viral

[VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

by Nurul A.
April 9, 2026

Di platform TikTok dan Threads, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang sedang menikmati pencuci mulut popular, Dubai Chewy...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara