Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Watie Dilihat Seperti Sorok ‘Baby Bump’ Dengan Bunga, Peminat Sangka Shuib Bakal Timang Anak Ke-5

by Puteri Alia
November 24, 2023
116
KONGSIAN
Share on Facebook

Gara-gara menutup bahagian perut dengan sejambak bunga, rata-rata peminat menebak isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah kini hamil zuriat pertama.

Lebih menguatkan tekaan apabila video pendek dikongsikan penyampai radio terbabit dalam Instagram berlatarkan lagu berjudul Nanti Kita Seperti Ini yang berkisarkan kehidupan bersama insan tercinta sehingga ke akhir usia.

Dendangan syahdu band indie asal Lampung, Indonesia itu turut menyelitkan lirik mengenai panggilan bahagia bergelar ibu dan ayah.

Dalam hantaran berkenaan, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu saling berpelukan seraya mengabadikan gambar berdua seperti kebiasaan dilakukan sebelum ini.

Cuma yang menarik perhatian netizen adalah tindakan ahli perniagaan terbabit apabila didakwa seolah-olah mahu menyorokkan ‘baby bump’ daripada dikesan orang ramai.

Mereka juga seakan meraikan detik istimewa melihatkan jambangan ros merah di tangan Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35.

Pada bahagian belakang mereka pula, kelihatan susunan meja untuk menikmati makan malam berdua dengan lampu hiasan yang menaikkan nuansa romantis.

Ruangan komen menunjukkan ramai teruja dengan perkembangan tersebut selain mendoakan pasangan terbabit sekiranya andaian kehamilan Watie menjadi kenyataan.

“Nampak macam ‘baby bump’ je. Doa baik-baik,” kata seorang netizen

“Ada berita baik ke tu?” luah seorang pengguna laman sosial lain.

“Lagu yang membawa maksud indah,” tulis seorang lagi pengikut.

Sebelum ini ibu Shuib, Salamiah Jalani pernah meninggalkan komen kepada menantunya itu supaya memaklumkan keputusan sebaik pulang dari hospital swasta.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama Watie didakwa hamil kerana sebulan selepas berkahwin dia pernah dikatakan sudah seperti nampak petanda sedang mengandung.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011, namun, Allahyarham meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

[VIDEO] Shuib Kelu Apabila Mendapat Soalan 'Tajam' Oleh Matin-"Kenapa Sekarang..."

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
shuibWatie
https://lomp.at/p5p5j
Share46Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem