Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Perhubungan Selepas “Bergaduh” Dilihat Lebih Manis, Mimi Lana Gembira Terima Brownies Buatan Syafiq Kyle

by Puteri Alia
November 24, 2023
400
KONGSIAN
Share on Facebook

Soal ‘membuka pekung di dada’ tidak lagi menjadi sesuatu yang memalukan, asalkan niat hati untuk menceritakan keburukan pasangan sudah terlaksana.

Kisah memburukkan pasangan semakin menampakkan celanya, apabila rakan memberikan komen, turut berperanan sebagai kaunselor tidak berdaftar melontar pelbagai reaksi dan pandangan yang adakalanya tidak masuk akal.

Bahkan, memburukkan pasangan tidak banyak membantu memperbaiki hubungan pasangan yang berada di ambang kehancuran kerana ia bukan saja boleh menyebabkan pasangan semakin benci, lebih teruk lagi sekiranya pasangan enggan berubah kerana tersinggung dengan perbuatan itu.

Namun, setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya, sukar untuk menafikkan bahawa pergaduh itu adalah lumrah bagi insan yang sedang bercinta, namun pada akhirnya daripada kesilapan itulah seseorang itu dapat memperbaiki diri serta perhubungan ke arah yang lebih baik.

Pernah memberi bayangan hati masih terluka, hubungan antara pelakon popular, Mimi Lana dan Syafiq Kyle dilihat kembali bertaut selepas aktres tinggi lampai itu berkongsi menerima kiriman istimewa berupa sekotak kek brownies daripada aktor itu.

Hantaran menggembirakan tersebut didedahkan ketika sambutan ulang tahun ke-28 pemilik nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin pada 21 November lalu.

Menerusi  video dikongsi pelakon filem Pusaka itu kelihatan kad ucapan selamat ulang tahun yang ditulis Syafiq malah aktor itu memaklumkan dia sebenarnya tidak pandai menyediakan hidangan berkenaan.

“Happy birthday yang ke-28. Tak pandai buat brownies tapi…,” tulisnya ringkas namun sarat makna mendalam.

Akui Lana, hadiah itu disediakan Syafiq atau Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, khas untuk dirinya yang bakal ke luar daerah menjalani penggambaran.

“Tapi saya pandai makan brownies. Terima kasih Syafiq gigih buatkan brownies sebelum ‘shooting’ jauh-jauh.

“Tak sabar nak makan,” katanya yang turut menunjukkan brownies berhias strawberi kepada pengikutnya dalam Instagram Story.

Sebelum itu, netizen tertanya-tanya status hubungan Mimi dan Syafiq  selepas tular video mereka menikmati makan malam di sebuah restoran.

Syafiq Kyle ‘Anak Emak’? Mimi Lana Bongkar Sisi Sebenar Suami

Namun, masing-masing hanya mendiamkan diri walaupun di ruangan komen laman sosial yang berkongsi gambar momen tersebut dibanjiri ucapan peminat.

Sekali gus, pemberian hadiah bersempena ulang tahun Mimi itu menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka kini dalam fasa positif.

Terdahulu, berita pembatalan majlis pernikahan pasangan popular, Syafiq dan Mimi mengejutkan banyak pihak kerana dibuat seminggu sebelum pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.

Pembatalan tersebut dimaklumkan wakil syarikat pengurusan aktres berkenaan, Iman Tang menerusi mesej kepada tetamu berhubung majlis yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Sebelum ini, hubungan dua personaliti terkenal itu pernah terlerai pada Mei 2020 selepas lima tahun bercinta namun kembali bertaut tidak lama kemudian.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
Mimi Lanasyafiq kyle
https://lomp.at/clupd
Share160Tweet100SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem