Tuesday, June 17, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

3 Hari Untuk Rakam Lagu PENTAS, Bil Musa Akui Lagu Kerohanian Perlukan Lebih Penghayatan Dan Konsentrasi

Penyanyi Wanita Indie Kembali Dengan Single Baharu Buat Mereka Yang ‘Lost’ Terbitan Armani Entertainment Group

by Aphit J.
November 25, 2023
Share on Facebook

Dalam kalangan penggemar muzik indie tempatan, nama Bil Musa bukanlah sesuatu yang asing.

Hadir Dengan PENTAS

Kini penyanyi-penggubah lagu berbakat besar yang terkenal dengan karya-karyanya yang ‘healing’ kembali dengan single terbaharu berjudul ‘PENTAS’.

Ianya adalah hasil garapan komposer terkenal, Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat, manakala terbitan oleh syarikat rakaman terkenal, Armani Entertainment Group (AEG).

Bagi Bill Musa, dia perlu mengambil masa untuk menghasilkan sesebuah karya seni, sejurus lagu Pantang dilancarkan, sebuah kolaborasi bersama Noki.

Berunsurkan Kerohanian

via Armani Entertainment

Lagu PENTAS yang berunsurkan kerohanian merupakan idea Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat.

Dan idea asal lagu ini datang dari komposernya sendiri yang mahukan sebuah karya tentang hubungan manusia dengan Sang Pencipta dalam perjalanan hidupnya.

PENTAS menceritakan tentang perjalanan hidup seseorang yang ‘lost’ atau kehilangan arah dan terpaksa menghadapi cabaran, namun dengan kuasa iman, beserta sifat tidak mudah menyerah kalah, dan kepercayaan yang masanya akan tiba suatu hari nanti.

Lagu bernuansa balada pop ini dinyanyikan Bil dengan stail ‘signature’ yang tersendiri dan kedengaran nyaman walaupun padat dengan maksud yang mendalam.

Mengambil Masa Tiga Hari

via Armani Entertainment

Manakala lagu ini mengambil masa selama tiga hari untuk dirakamkan kerana memerlukan konsentrasi serta penghayatan yang tinggi.

Selain single, lirik video juga turut dilancarkan pada tarikh yang sama dengan konsep ‘breaking-fee’ yang penuh simbolik, dengan maksud abstrak yang mempunyai estetika tersendiri.

Lagu PENTAS boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala lirik video ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Bil Musa
https://lomp.at/s99ym
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Momen Penuh Emosi: Tunku Azizah Peluk Menantu Jadi Sorotan Warganet

  3. 3

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  4. 4

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem