Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Israel Mula Bebaskan Tahanan Palestin, 24 Wanita Dan 15 Remaja Lelaki Berpeluang Peluk Cium Keluarga

by Puteri Alia
November 24, 2023
Share on Facebook

Akhirnya, Israel mula membebaskan 39 tahanan Palestin, antaranya 24 wanita dan 15 remaja lelaki.

Ia adalah sebagai pertukaran dengan 13 tahanan yang berada di Semenanjung Gaza.

Memetik sebuah laporan portal berita online, jeda kemanusiaan empat hari dalam perang Israel-Hamas di Gaza bermula hari ini dan pertukaran tebusan serta tahanan telah menyusul beberapa jam kemudian.

Perjanjian gencatan senjata yang diselaras Qatar dengan bantuan Mesir dan Amerika Syarikat (AS) itu sepatutnya berkuat kuasa semalam, tetapi ditangguhkan selepas ‘halangan’ saat akhir.

“Jeda akan bermula pada 7.00 pagi (0500 GMT) pada Jumaat, dan kumpulan pertama tebusan awam akan diserahkan pada kira-kira 4.00 petang (1400 GMT),” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari pada sidang media, semalam.

Sementara itu, ketika jeda kemanusiaan berkuat kuasa di Gaza pada Jumaat, trak yang membawa bahan api mula memasuki wilayah Palestin dari Mesir.

Sumber Palestin di persimpangan Rafah memberitahu bahawa trak yang membawa gas memasak dan diesel mula memasuki Gaza dari Mesir.

Selepas ini, barangan bantuan dan bekalan perubatan juga dijangka dibawa masuk ke Gaza.

Jeda kemanusiaan selama empat hari antara tentera Israel dan Hamas berkuat kuasa pagi Jumaat di semua wilayah Semenanjung Gaza dengan serangan dihentikan seketika manakala bantuan kemanusiaan mula disalurkan.

Jeda bermula pada 7 pagi waktu tempatan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
israelpalestintahanan
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara