Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Entertainment

“Ini Baru Puas, Audio Dan Jurukamera Padu!”- Netizen Mohon Stesen TV Lain Contohi “Team” Teknikal RTM

by Aphit J.
November 25, 2023
298
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika diingat kembali, sebelum ini isu mengenai teknikal terutamanya jurukamera untuk program-program berprestij seringkali mendapat perhatian umum.

Penonton Tidak Puas

Antara yang pernah menjadi bualan peminat dan netizen adalah ketika berlangsungnya acara Anugerah Juara Lagu dan menjadi bualan hangat dalam media sosial gara-gara rakaman kamera yang dikatakan kurang memuaskan.

Rata-rata netizen berpendapat jurukamera tidak merakam bahagian persembahan yang sepatutnya dipertontonkan kepada penonton di rumah.

Malah isu berkaitan rakaman kamera bukan perkara baharu setiap kali AJL bersiaran dan sudah berkali-kali dibangkitkan dalam kalangan peminat setia pertandingan berprestij tersebut.

RTM Mengeluarkan Klip Konsert Di Youtube

via RTM

Terbaru, baru-baru ini pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan Konsert Ini Baru Bintang 4 yang diadakan di Auditorium Seri Angkasa.

Ramai selebriti yang turut serta bersama-sama menjayakan konsert tersebut antaranya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Sharifah Zarina dan ramai lagi.

Jika dilihat di Youtube, pihak RTM juga turut mengeluarkan klip video yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza iaitu Medley : Azimat Cinta, Bicara Manis Menghiris Kalbu,Aku Bidadari Syurgamu.

Mendapat Pujian Netizen

via RTM

Klip video tersebut mendapat pujian ramai dan apa yang menjadi perhatian diruangan komen apabila netizen mula membandingkan kualiti juru kamera RTM berbanding dengan stesen yang lain.

Sistem bunyi, jurukamera dan Orkestra RTM memang terbaik… Berbeza sangat dengan TV3, Astro..tahniah RTM!

Good job RTM, auditorium baru, sound system, cameraman, lighting on point. Terus keluarkan kat Youtube.

Kali ni semua audio, musician & visual team sangat terbaik.. Goodjob RTM Malaysia

As always…RTM the best. Sound system no syatu. Cameraman 99% tunjuk penyanyi je. Lg 1% penonton. Tu yg kita nak. Good job RTM.

Wowww. Audio, cameraman and all semua padu!! Tahniah RTM!! Upgrade 100%

YouTube video

Rata-rata memuji dengan kumpulan teknikal yang menjayakan program tersebut termasuklah dari segi audio, juru kamera, lampu dan visual adalah yang terbaik.

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menyanyi Sebelum Angkat Panggilan Suami, Curi Perhatian Ramai!

Malah ada juga pihak yang meminta supaya stesen lain untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh pihak RTM demi kepuasan penonton.

What’s your Reaction?
+1
3
+1
3
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
RTMsiti nurhaliza
https://lomp.at/4kprk
Share119Tweet75SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem